Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Date of Circular Sunday, 01 March 2015 Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")
Purpose of CircularGaris Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.
Date of Circular Thursday, 19 December 2013 Pelaksanaan Secured Land Management System (SELAMAT) di Pentadbiran Tanah
Purpose of CircularArahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.
Date of Circular Wednesday, 28 May 2008 Mesej dari mesyuarat khas KSU/PTG pada 28 februari 2008
Purpose of CircularEdaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri mengenai beberapa mesej yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSU NRE) kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG Negeri) semasa Mesyuarat Khas KSU NRE dengan PTG Negeri pada 28 Februari 2008 yang lalu bertempat di Bilik Mutiara, Aras 13, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,Wisma Sumber Asli, di Putrajaya.
Date of Circular Thursday, 01 May 2008 Pematuhan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara mengenai dasar pemberimilikan tanah dalam kampong kampung baru.
Purpose of CircularDimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke 36 dan Ke 37 masing-masing pada 23 Mac 1983 dan 30 Januari 1984 semasa membincangkan cadangan pindaan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN), 1965 supaya dimansuhkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri memberimilik tanah secara pegangan kekal (in perpetuity), telah memutuskan bahawa pelupusan tanah kerajaan secara pegangan kekal di bawah Seksyen 76 KTN hendaklah dikekalkan hanyalah dalam keadaan-keadaan tertentu seperti sekiranya tanah persendirian berpegangan kekal telah diambilbalik tetapi tidak diperlukan lagi oleh kerajaan maka tanah tersebut boleh diberimilik semula kepada pemilik asal secara pegangan kekal.
Date of Circular Thursday, 01 May 2008 Pematuhan kehendak Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan permohonan perolehan tanah-tanah Kerajaan untuk projek Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Purpose of CircularEdaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah mengenai kehendak Perkara 83 dan 85 Perlembagaan Persekutuan yang hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan-kerajaan Negeri semasa menimbangkan perrmohonan pengambilanbalik tanah, pemberimilikan tanah dan perizapan tanah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Date of Circular Thursday, 01 May 2008 Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Pentadbiran Tanah dan Polis Di Raja Malaysia dalam menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.
Purpose of CircularEdaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Pentadbiran Tanah (PT) – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri-negeri bagi menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.
Date of Circular Thursday, 01 May 2008 Kesahihan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan pendaftaran
Purpose of CircularDate of Circular Wednesday, 27 February 2008 Usaha-usaha penambahbaikan bagi menggalakkan pemilik-pemilik tanah menjelaskan cukai tanah.
Date of Circular Wednesday, 27 February 2008 Permohonan Perizapan Tanah Kerajaan bagi maksud sistem perkhidmatan pembetungan