header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Keputusan Carian:

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015

Tarikh Pekeliling Ahad, 01 Mac 2015 Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")

Tujuan Pekeliling

Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013

Tarikh Pekeliling Khamis, 19 Disember 2013 Pelaksanaan Secured Land Management System (SELAMAT) di Pentadbiran Tanah

Tujuan Pekeliling

Arahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2008

Tarikh Pekeliling Rabu, 28 Mei 2008 Mesej dari mesyuarat khas KSU/PTG pada 28 februari 2008

Tujuan Pekeliling

Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri mengenai beberapa mesej yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSU NRE) kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG Negeri) semasa Mesyuarat Khas KSU NRE dengan PTG Negeri pada 28 Februari 2008 yang lalu bertempat di Bilik Mutiara, Aras 13, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,Wisma Sumber Asli, di Putrajaya.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

Tarikh Pekeliling Khamis, 01 Mei 2008 Pematuhan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara mengenai dasar pemberimilikan tanah dalam kampong kampung baru.

Tujuan Pekeliling

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke 36 dan Ke 37 masing-masing pada 23 Mac 1983 dan 30 Januari 1984 semasa membincangkan cadangan pindaan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN), 1965 supaya dimansuhkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri memberimilik tanah secara pegangan kekal (in perpetuity), telah memutuskan bahawa pelupusan tanah kerajaan secara pegangan kekal di bawah Seksyen 76 KTN hendaklah dikekalkan hanyalah dalam keadaan-keadaan tertentu seperti sekiranya tanah persendirian berpegangan kekal telah diambilbalik tetapi tidak diperlukan lagi oleh kerajaan maka tanah tersebut boleh diberimilik semula kepada pemilik asal secara pegangan kekal.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2008

Tarikh Pekeliling Khamis, 01 Mei 2008 Pematuhan kehendak Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan permohonan perolehan tanah-tanah Kerajaan untuk projek Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Tujuan Pekeliling

Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah mengenai kehendak Perkara 83 dan 85 Perlembagaan Persekutuan yang hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan-kerajaan Negeri semasa menimbangkan perrmohonan pengambilanbalik tanah, pemberimilikan tanah dan perizapan tanah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2008

Tarikh Pekeliling Khamis, 01 Mei 2008 Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Pentadbiran Tanah dan Polis Di Raja Malaysia dalam menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.

Tujuan Pekeliling

Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Pentadbiran Tanah (PT) – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri-negeri bagi menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2008

Tarikh Pekeliling Khamis, 01 Mei 2008 Kesahihan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan pendaftaran

Tujuan Pekeliling
  1. Edaran khas ini dikeluarkan untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan di kaunter pentadbiran tanah.
  2. Ianya bersifat pentadbiran, yang menggariskan penggunaan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi tujuan perserahan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2008

Tarikh Pekeliling Rabu, 27 Februari 2008 Usaha-usaha penambahbaikan bagi menggalakkan pemilik-pemilik tanah menjelaskan cukai tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2008

Tarikh Pekeliling Rabu, 27 Februari 2008 Permohonan Perizapan Tanah Kerajaan bagi maksud sistem perkhidmatan pembetungan

Total items found: 9
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 122

Minggu Ini 13348

Bulan Ini 71869

Keseluruhan 1434305

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue