Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Menghimpunkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Sebagaimana sedia maklum, pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan tanah. Di samping itu, Jabatan ini juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah yang lain seperti Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1956 dan Akta Bekalan Elektrik, 1990.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbiran Tanah tentang kaedah yang perlu diikuti sekiranya tanah milik Persekutuan atau tanah Rizab Persekutuan dikehendaki bagi maksud Negeri.
Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara [Akta 828] bagi menyelaraskan dan menyeragamkan urusan pentadbiran tanah negara. Penerbitan buku kompilasi ini menyediakan medium rujukan berpusat kepada para pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran tanah. Memandangkan inisiatif pembukuan kompilasi ini kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2019, penerbitan naskhah terbaharu ini bertepatan pada masanya bagi merangkumkan pekeliling-pekeliling yang telah dikeluarkan dari tahun 2020 hingga 2025 secara teratur dan sistematik.