Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung tindakan pendaftaran dokumen hak milik muktamad bagi tanah pegangan luar bandar dalam kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara penamatan sebahagian atau keseluruhan kawasan penempatan berkelompok selaras dengan subseksyen 44(1) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] bagi rancangan tanah yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA).
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan perizaban mana-mana tanah kawasan penempatan berkelompok bagi tujuan kegunaan awarn bagi maksud Kerajaan Persekutuan selaras dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk menasihati Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai prosedur membatalkan pelucuthakan tanah berimilik selaras dengan seksyen 133 Kanun Tanah Negara [Akta 828] akibat perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau seksyen 129 Akta 828.
Pekeliling ini bertujuan Cadangan Pemantauan Terhadap Pemindahan Saham Sesebuah Syarikat Melayu Yang Memiliki Atau Memegang Kepentingan Ke Atas Tanah Rizab Melayu Atau Pegangan Melayu Kepada Pemilik Bukan Melayu Serta Tindakan Susulan Oleh Pendaftar Atau Pentadbir Tanah.
Tujuan panduan ini disediakan bagi membantu pegawai dan kakitangan Jabatan Ketua Pengarah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dalam merangka perancangan serta kaedah penyediaan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (PKPTG) yang seragam.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar dan Pentadbir Tanah berhubung dengan dokumen sampingan bagi pendaftaran sesebuah syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang membuktikan bahawa sesuatu syarikat boleh memegang sesuatu tanah atau kepentingan atas sesebuah tanah di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung perkara-perkara yang melibatkan tugasan penilaian harga tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai beberapa perkara penting berkaitan perampasan tanah di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828]
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah untuk menyenggara satu rekod nombor-nombor plot tanah yang digunakan oleh Penolong Pegawai Tanah untuk menunjukkan kawasan-kawasan tanah yang telah diperenggankan bagi membantu dalam kelulusan permohonan pelupusan tanah atau pembangunan tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan untuk menyenggara dengan teratur lot-lot digital yang dibekalkan oleh Jabatan Pemetaan dan Ukur Malaysia (JUPEM) kepada Pejabat Tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah untuk memastikan bahawa setiap tanah perlu diperenggankan sebelum penyediaan dokumen hakmilik sementara dan sebelum penyediaan permohonan ukur.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perkara-perkara berkaitan urusan pelepasan gadaian dengan membuat bayaran kepada Pendaftaran Hakmilik selaras dengan seksyen 279 Kanaun Tanah Negara [Akta 828]
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung tatacara penyampaian perkhidmatan urusan carian persendirian selaras dengan seksyan 384 Kanun Tanah Negara [Akta 828]
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk menjamin mutu dan ketepatan pelan bagi hak milik sementara akibat permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan.