Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk menyenggara rekod ‘Indeks Lot-lot’.
Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah kepada peruntukan di bawah seksyen 19 Kanun Tanah Negara 1965 yang berkehendakkan supaya setiap pegawai atau orang yang bekerja di Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah memelihara rahsia ke atas semua perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam menyelenggarakan tugas-tugasnya dan tidak boleh memberitahu atau menyampaikan apa-apa perkara itu kepada orang lain. Dalam seksyen 429 Kanun Tanah Negara 1965, diperuntukkan bahawa, seseorang yang melanggar peruntukan seksyen 19 Kanun Tanah Negara 1965 adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda sebanyak tidak lebih daripada RM1,000.00 atau penjara selama tidak lebih daripada 6 bulan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang pentadbir harta pusaka (administrator) bagi hakmilik atau daftar pegangan melibatkan tanah-tanah si mati, di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Langkah ini adalah merupakan usaha untuk memperkemaskan lagi urusan pentadbiran harta pusaka kecil melibatkan hakmilik tanah-tanah si mati di bawah Akta berkenaan, khususnya yang melibatkan peneroka-peneroka FELDA yang telah meninggal dunia di mana perintah penurunan milik langsung kepada waris tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.
Semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah adalah dengan ini diminta mengambil ingatan terhadap tanggungjawab mereka atas keselamatan dan cara menyimpan yang sempurna mengenai semua suratan di semua Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah, iaitu dokumen hakmilik, surat cara-surat cara urusan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah kepada peruntukan-peruntukan di bawah subseksyen 77(3) Kanun Tanah Negara 1965 berkenaan jenis dokumen hakmilik tetap yang akan dikeluarkan atas pemberian milik tanah Kerajaan yang diluluskan sebelum atau selepas Kanun Tanah Negara mula berkuat kuasa.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri supaya mengambil tindakan selanjutnya berhubung dengan Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 1987.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai penentuan tarikh penyempurnaan bagi suratcara-suratcara urusan untuk tujuan pungutan bayaran pendaftaran lewat.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi garis panduan mengenai pembahagian tugas-tugas dan keseragaman polisi dalam urusan pengambilan tanah bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan yang perlu dipatuhi oleh setiap JKPTG Negeri dan Pentadbir Tanah.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan-permohonan yang dikemukakan oleh pemegang surat kuasa wakil bagi pengubahan syarat, pecah sempadan tanah, pecah bahagian, penyatuan tanah, penyerahan tanah, penyerahan dan pemberimilikan semula, pecah bahagian bangunan dan lain-lain jenis permohonan di bawah Penggal III sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian Sembilan (A) Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk menyelenggara satu rekod nombor-nombor plot tanah yang digunakan oleh Penolong Pegawai Tanah untuk menunjukkan kawasan-kawasan tanah yang telah diperenggankan oleh mereka bagi tujuan mengeluarkan hakmilik sementara hasil daripada pemberimilikan, pecah sempadan, pecah bahagian, percantuman, pengeluaran lesen pendudukan sementara dan pengeluaran perakuan lombong.