header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pajakan Tanah Kerajaan Persekutuan
 
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah tuanpunya berdaftar ke atas  tanah-tanah milik Persekutuan dan sebagai Pegawai Pengawal kepada  tanah tanah rizab Persekutuan. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tanah-tanah tersebut bersama dengan Kementerian-kementerian/Jabatan-jabatan Persekutuan (KJP) yang menggunakan tanah berkenaan.

 
Pada masa ini terdapat tanah-tanah milik dan tanah rizab Persekutuan yang masih belum dibangunkan lagi dengan projek pembangunan yang dirancang atas sebab-sebab tertentu. Kerajaan Persekutuan boleh memajak tanah sedemikian kepada pihak-pihak yang berkelayakan seperti berikut bagi tempoh tidak kurang dari 3 tahun dan tidak melebihi 99 tahun.
 
Bagi Semenanjung Malaysia tempoh pajakan tidak kurang dari 3 tahun  dan tidak melebihi 99 tahun bagi tanah milik dan tidak melebihi 21 tahun bagi tanah rizab. Pajakan sebahagian tanah milik tidak melebihi 30 tahun. Bagi Negeri Sabah dan Sarawak tempoh pajakan tidak kurang dari 1 tahun tetapi tidak melebihi tempoh pajakan yang dikurniakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
 
Permohonan pajakan boleh dikemukakan secara bertulis terus kepada JKPTG. Setiap permohonan yang diterima akan diproses menurut Prosedur Memproses Permohonan Pajakan JKPTG sebagaimana Carta Aliran Pajakan Tanah yang digunapakai oleh Jabatan ini. Satu Perjanjian Pajakan Tanah akan ditandatangani antara pemohon yang berjaya dengan PTP.
 
 

Pihak yang layak memohon:

 

Badan berkanun / koperasi.

Perbadanan / syarikat tempatan yang majoriti syernya milik warganegara Malaysia.
Badan dan organisasi yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1960.
Tiada halangan dari segi undang-undang seperti diisytiharkan muflis dan sebagainya.
 

 Tatacara permohonan:

 

Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

• Surat permohonan berserta alamat lengkap pemohon dan ditandatangani.
• Tujuan pajakan.
 

Status dan maklumat lengkap tanah yang dipohon pajakan sebagaimana berikut:

 

• No. Lot / no. Bangunan

• No. Hakmilik / no. Warta perizaban
• Mukim / pekan/ bandar
• Daerah
• Negeri
• Salinan hakmilik
• Carian rasmi terkini
• Pelan lokasi /pelan tapak
 
Jika permohonan dari syarikat, kemukakan:
• Salinan sijil pendaftaran syarikat
• Salinan artikal maa
• Salinan borang  24 dan 29
• Salinan r.o.b
 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada jkptg di alamat berikut:

 
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (Persekutuan)
Seksyen Harta Tanah Persekutuan
Aras 2, Blok Menara
Lot 4G3, Presint 4
Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62574 PUTRAJAYA.
No. Tel. : 03-8871 2000
No. Faksimili : 03-8889 3855
 

Pajakan Kecil Untuk Ruang Pejabat / Bangunan

 

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bertanggungjawab menandatangani perjanjian pajakan kecil tanah dan bangunan bagi kegunaan Agensi Kerajaan Persekutuan di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak bagi tempoh penyewaan yang melebihi satu (1) tahun sahaja. Prosedur tatacara dan perjanjian seragam boleh didapati di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
 

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue