header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

IKLAN STRATA 2015

 

AKTA A1450 – KONSEP PENGELUARAN HAKMILIK STRATA DAN PEMILIKAN KOSONG SECARA SERENTAK

 

Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1985 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Objektif utama AHS adalah untuk membolehkan tanah beri hakmilik (alienated land) mempunyai hakmilik-hakmilik berasingan secara berlapis (multi-layer ownership) dengan cara:

  • pengeluaran hakmilik strata melalui proses pecah bahagi bangunan atau tanah (land parcel): dan
  • pewujudan perbadanan pengurusan sebagai mekanisma pengurusan ‘self-governance’ bagi mengawal selia pentadbiran skim strata yang berkenaan setelah hakmilik-hakmilik strata didaftarkan.

Pindaan terkini kepada AHS iaitu melalui Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong atau vacant possession (VP) secara serentak. Melalui pengenalan konsep baru ini, masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata akan dapat dipendekkan dan hakmilik strata dapat dikeluarkan dengan lebih cepat. Asas pindaan undang-undang hakmilik strata di bawah Akta A1450 ini pada umumnya adalah menekankan keperluan menjadikan pengurusan hakmilik strata yang setanding dengan kehendak dan kepentingan pelanggan (customer-focused services) serta bermatlamatkan penambahbaikan sistem penyampaian pentadbiran tanah dalam pengurusan dan pengeluaran hakmilik strata.

 

Keterangan lanjut

Sila hubungi pegawai di bawah :-

  1. Puan Faizatul Rahayu binti Zakaria - 03-8871 2764
  2. Encik Abd Hafiz bin Sheikh Abd Hardy - 03-8871 2765
  3. Encik Ahmad Nazri bin Md. Nasir - 03-8871 2781
  4. Cik Halijah bt. Abdul Hamid - 03-8871 2701
  5. Encik Muhamad Ghasyidan bin Abd Ghani - 03-8886 1015
  6. Encik Pini bin Amat - 03-8871 2772

 

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 2207

Minggu Ini 5637

Bulan Ini 45515

Keseluruhan 9239797

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini