header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

1. Program Ekspedisi Gunung Kinabalu dgn tema #fithwithkptg ini merupakan program yang telah dirancang seawal bulan April 2018 lagi. Tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal program ini terpaksa ditangguhkan. Namun diatas kesungguhan dan inisiatif peserta dan juga urusetia dahulu yang terdiri daripada YBhg. Datin Haliza Hassan dan En Mohd Iqbal Bin Mohd Nasir, program ini telah dapat diteruskan dengan jayanya juga dengan kerjasama urusetia KEKASS kini.

2. Program ini telah diilhamkan dengan objektif untuk:

    i. Mengeratkan jalinan hubungan silaturrahim di antara warga JKPTG dengan Dato’ Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan;

    ii. Meningkatkan tahap kecergasan warga JKPTG;

    iii. Melatih diri untuk bekerja di dalam pasukan, belajar mengendalikan emosi dan mengasah sikap bertanggungjawab secara kelompok dan individu;

    iv. Mendekatkan diri dengan flora dan alam semulajadi yang menjadi kebanggaan negara yang merupakan gunung tertinggi ke Malaysia; dan

    v. Meningkatkan imej JKPTG sebagai salah sebuah Jabatan Kerajaan yang aktif dalam aktiviti rekreasi dan sukan di samping melaksanakan tugasan utama kepada negara.

3. Terdapat 20 peserta terlibat yang mana terdiri daripada 17 pendaki dan 3 ahli yang terlibat untuk menguruskan urusan logistik dan pentadbiran kumpulan. Kumpulan ini diketuai oleh En. Ahmad Hamidi Bin Mohamed yang juga merupakan AJK KEKASS. Kesemua peserta yang terlibat untuk pendakian ini adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa KEKASS, ahli KEKASS dan juga ahli Bersekutu.

4. Kesemua peserta ini telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam membuat persediaan untuk pendakian kelak. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2 bulan sebelum pendakian bagi        memastikan pendaki telah bersedia dari sudut mental dan fizikal. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah:

    i. Mendaki Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan;
    ii. Mendaki Gunung Angsi, Negeri Sembilan;
   iii. Mendaki Bukit Wawasan, Puchong, Selangor;
   iv. Mendaki Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan;
    v. Latihan Kecerdasan mendaki bukit di Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya;
   vi. Berbasikal sejauh 10km di sekitar Putrajaya;
   vii. Latihan Kecerdasan di Gymnasium; dan
  viii. Latihan Kecerdasan dengan menaiki tangga KATS naik dan turun 17 tingkat selama 2 pusingan setiap petang dalam tempoh sebulan.

5. Ekspedisi ini juga adalah bersempena dengan Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) iaitu pada bulan Oktober ini. BSN diadakan adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dalam sektor korporat dan Kerajaan. Majlis Pelancaran BSN ini turut dibuat di peringkat KATS iaitu pada 3 Oktober yang lalu.

6. Selain komited terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam, kesihatan mental serta fizikal perlu dititikberatkan untuk kehidupan seharian yang berkualiti. Badan yang sihat dan cergas dapat membantu minda untuk berfungsi dengan lebih baik serta secara tidak langsung membantu warga JKPTG untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi.

7. Oleh itu, Ekspedisi Gunung Kinabalu – Fit with JKPTG adalah antara program yang dirancang oleh JKPTG dengan sokongan padu Kelab Kebajikan Sosial dan Sukan (KEKAS) bagi menyahut seruan Kerajaan bersama-sama menerapkan budaya cinta kepada sukan dan rekreasi di kalangan warga JKPTG khususnya. Ekspedisi yang melibatkan 20 warga JKPTG ini turut mendapat sokongan tajaan daripada syarikat-syarikat swasta melalui saluran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan atau MAKSWIP.

8. Ekspedisi ini telah bermula pada 18 Oktober 2019 dimana para peserta telah bertolak ke Kota Kinabalu. Memulakan pendakian pada 20 Oktober 2019 dan telah berjaya sampai ke puncak pada 21 Oktober 2019. Wira dan wirawati ini telah selamat kembali ke KLIA pada 22 Oktober 2019.

 

1Flag Off    2Flag Off2    3Flag Off3

 

4KLIA  6At Kinabalu      7At Kinabalu1

 

8At Kinabalu2  13Pendakian4    14Pendakian5

9Pendakian0    10Pendakian1   12Pendakian3

18Puncak4  19Tamat  20Tamat2

 

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1257

Minggu Ini 11589

Bulan Ini 67856

Keseluruhan 9191085

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini