Sesi Sign-Off Piagam Projek Khidmat Perundingan Forensik Sistem e-Tanah PPTG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dimeterai antara TKP (ICT) MAMPU, TKP (SKPP) JKPTG Persekutuan dan Pengarah PTG WPKL pada 24 Februari 2020 di PTG KL.
JKPTG Persekutuan dan PPTG WP KL telah menjalinkan kerjasama dengan Pasukan Perunding MAMPU bagi menjalankan kajian dan analisis prestasi Sistem e-Tanah WPKL bermula 17 Januari 2020 hingga 30 Januari 2020.
Kajian ini dibuat berdasarkan aduan pengguna sistem mengenai prosesan urusan bagi sesetengah modul e-Tanah sangat perlahan. Ianya juga inisiatif PPTG WPKL untuk mengenalpasti pemasalahan bagi memantapkan pentadbiran tanah seterusnya meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.