header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Lawatan kerja YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah diadakan pada 11-12 Mac 2021 bagi meninjau pelaksanaan sistem e-Tanah Perak yang telah go-live pada 11 Februari 2021. YBhg. KPTG telah disambut oleh Pengarah Tanah dan Galian Perak iaitu YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip dan seterusnya mengadakan lawatan ke kaunter dan pejabat di PTG Perak.
Lawatan diteruskan ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Larut, Matang dan Selama dan diraikan dengan penuh mesra oleh pegawai-pegawai kanan yang diketua oleh Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Pegawai Daerah sebelum di bawa melawat kaunter dan pejabat yang menggunakan sistem e-Tanah.
Pada 12 Mac 2021, YBhg. KPTG meneruskan lawatan ke PDT Gerik bagi memantau prestasi pelaksanaan sistem e-Tanah di kawasan luar bandar dan mendapatkan maklum balas penerimaan dari orang awam dan pengguna di pejabat tanah. Kehadiran YBhg. Dato’ KPTG disambut oleh Pegawai Daerah, Tuan Meor Shahibul Fadillah bin Zainuddin dan Ketua Penolong Pegawai Daerah, En. Neel Azwar bin Abd Karim.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan sistem e-Tanah Perak telah berjaya mentransformasikan sistem pentadbiran tanah negeri Perak seiring dengan agenda pendigitalan Malaysia iaitu MyDIGITAL. Penularan wabak Covid-19 secara tidak langsung menuntut perubahan kepada norma kerja harian di pejabat tanah. Justeru itu, pelaksanaan sistem e-Tanah ini adalah bertepatan dengan keperluan semasa di mana rakyat boleh berurusan dengan pejabat tanah secara atas talian dan mengurangkan keperluan berurusan di kaunter.
 
PERAK1  PERAK2
 
 
PERAK3  PERAK4 
 
PERAK5  PERAK6 
 
PERAK7  PERAK9
 
PERAK8
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1190

Minggu Ini 9893

Bulan Ini 66160

Keseluruhan 9189389

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini