Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) kali ke-6 telah diadakan pada 9 Oktober 2015 hingga 11 Oktober 2015 yang lalu bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Universiti Penguruan Sultan Idris serta Proton City, Tanjung Malim, Perak dan dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bersama-sama INSTUN dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah dipilih sebagai penganjur bagi kejohanan sukan NRE pada tahun ini. Seramai 120 orang warga JKPTG seluruh Malaysia telah menganggotai kontinjen JKPTG di kejohanan sukan tahun ini. Sebanyak 23 acara telah dipertandingkan dan JKPTG telah berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi acara bola tampar wanita. Secara keseluruhannya, kontinjen JKPTG telah menduduki tangga ke-8 daripada 12 jabatan dan agensi yang bertanding. Walaupun tidak meraih sebarang pingat emas dan perak, objektif utama untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan jalinan silaturrahim antara warga JKPTG seluruh Malaysia berjaya dicapai. Semoga ianya berterusan pada masa akan datang. 1JKPTG Impi Kejayaan!