header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Fungsi

       1. Memberikan khidmat nasihat dalam bidang perundangan .
       2. Menjadi sumber rujukan kepada jabatan mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
       3. Membantu proses gubalan undang-undang bagi perundangan di bawah tanggungjawab jabatan.
       4. Mewakili jabatan untuk memfailkan tuntutan ke mahkamah.
       5. Menyediakan maklum balas kes-kes sivil untuk Jabatan Peguam Negara.

Objektif, Misi dan Visi

Visi
Peneraju kepada sistem perundangan tanah Negara di peringkat persekutuan.

Misi
Memperkasakan dan mendukung pelaksanaan sistem perundangan tanah negara.

Objektif
Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.

Carta Organisasi
Fungsi
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan dasar mengenai pelbagai aspek berkaitan dengan akta hakmilik Strata serta membuat cadangan pindaan yang perlu dari masa ke semasa.
  • Menyelaras dan memantau pemakaian akta hakmilik strata dalam pentadbiran tanah di seluruh negara.
  • Membuat kajian ke atas isu-isu hakmilik strata dan menangani aduan-aduan awam / swasta mengenai semua perkara yang berkaitan dengannya.
  • Memberi khidmat nasihat, peningkatan kemahiran dan aktiviti pengembangan kepada semua jabatan / agensi berkaitan tanah.
  • Menyelaras dan mengendalikan perjumpaan mengenaik hakmilik Strata dan masalah-masalah berkaitan bangunan berbilang tingkat.
  • Menyelaras dan mengendalikan urusan pengaduan mengenai pentadbiran tanah dan pihak awam (khususnya negeri Perlis, Pulau Pinang dan Kedah) dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Di peringkat awal seksyen ini dikenali sebagai Bahagian Penguatkuasaan Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967 yang terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1967. Pada 3 Februari 1975, bahagian ini dipindahkan ke Kementerian Tanah dan Galian (kini dikenali sebagai Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi). Kesemua pegawai dan kakitangan telah dipindahkan ke kementerian tersebut. Pemindahan ke Jabatan Tanah dan Galian telah dilakukan pada bulan Februari 1983 dan dijadikan sebagai salah satu seksyen, iaitu Seksyen Penguatkuasaan Akta Penanam Padi 1967.

Selaras dengan Seksyen Penguatkuasaan Akta Penanam Padi 1967, pada peringkat awalnya, fungsi utamanya difokuskan pada Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967. Walau bagaimanapun, pada tahun 1993, disebabkan peningkatan tugasan di Seksyen Harta Tanah Persekutuan, maka pihak pengurusan telah memutuskan bahawa bebanan kerja yang berkaitan dengan:

  • Penyelarasan penguatkuasaan tanah persekutuan, seperti keperluan Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Penyewaan tanah persekutuan
  • Pemprosesan permohonan di bawah Akta Pelantar Benua 1966 bagi Persekutuan dan Negeri;

Dilaksanakan oleh Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967. Seksyen ini kemudiannya ditukar kepada Seksyen Penguatkuasaan & Hasil Tanah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, bermula 19 April 1995, beban tugas Seksyen Penguatkuasaan & Hasil Tanah Persekutuan telah bertambah lagi dengan mengambil alih tugasan Seksyen Harta Tanah Persekutuan, iaitu urusan memproses penyerahan/ pelepasan tanah/ tanah Persekutuan yang dirizabkan kepada Kerajaan Negeri untuk kegunaan awam.

Fungsi
  1. Bertanggungjawab ke atas Kanun Tanah Negara (KTN) :
    1. Cukai sewa.
    2. Syarat dan sekatan kepentingan.
    3. Rampasan.
    4. Pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan.
    5. Surat kuasa wakil .
    6. Persediaan dan penyelenggaraan daftar hakmilik muktamad.
    7. Hakmilik sementara.
    8. Penyerahan balik hakmilik.
  2. Menyediakan pekeliling KPTG / surat pekeliling dan garis panduan berkaitan perkara diatas.
  3. Menyelaras jawapan bagi soalan-soalan parlimen
  4. Urus setia mesyuarat / persidangan:  
    1. Persidangan Pentadbir-pentadbir Tanah Malaysia
    2. Mesyuarat PengarahTanah Malaysia.
    3. Mesyuarat Timbalan Ketua-ketua Pengarah Tanah dan Galian / Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri (TKPTG / TPTG).
    4. Mesyuarat Bahagian Kemajuan Pengurusan dan Perundangan (BKP&P).
    5. Mesyuarat penetapan dan kajian semula sasaran kerja tahunan dan Perundangan.
  5. Bertanggungjawab ke atas Akta Pemuliharaan Tanah 1960 dan Akta Pengambilan Tanah 1960.
  6. Khidmat nasihat pentadbiran dan perundangan tanah.
  7. Menyelaras aduan awam yang diterima.
location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 1465

Minggu Ini 12517

Bulan Ini 3016

Keseluruhan 10227683

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini