Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Manual ini bertujuan untuk memberi panduan kepada tuan punya tanah milik persendirian mengenai tindakan yang boleh diambil dan aspek perundangan yang terpakai apabila berlaku pencerobohan di atas tanah milik persendirian mengikut kerangka undang-undang di Malaysia. Manual ini merupakan satu dokumen yang memberikan garis panduan am dan bersifat pentadbiran dan prosedur umum sahaja. Dokumen ini sesekali tidak boleh dianggap, ditafsirkan atau digunakan sebagai pengganti kepada nasihat undang-undang profesional daripada pengamal undang-undang bertauliah (Advokat & Solisitor) atau mengatasi sebarang penentuan kehakiman di Mahkamah berdasarkan merit fakta khusus bagi setiap kes.