header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2026

  • Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
  • Bilangan Pekeliling: 7
  • Tajuk Pekeliling: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2026
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai:

    (i)        pungutan bayaran ukur mengikut kadar baru sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur)(Pindaan) 1975 [P. U. (A) 438/1975] yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1976;

    (ii)       tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur bagi pembangunan tanah dan baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486];

    (iii)      kutipan bayaran ukur bagi kos dimana kerja mengukur tanah untuk pengeluaran hakmilik tetap dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor) setelah diluluskan permohonan untuk diberimilik, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah dan permohonan tanah untuk tujuan melombong;

    (iv)      pengukuran tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor); dan

    (v)       keperluan untuk tanah berimilik yang telah dikeluarkan hakmilik tetap diukur semula setelah kembali menjadi tanah Kerajaan akibat daripada perlucutan hak atau dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana kegagalan tuan tanah membayar cukai tahunan atau kegagalan mematuhi syarat nyata atau syarat tersirat yang ditetapkan dalam hakmilik atau yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara [Akta 828].

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 22 April 2026
  • Tahap Capaian: Terbuka
location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 3768

Minggu Ini 16874

Bulan Ini 112324

Keseluruhan 11625292

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini