header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

icon pdf  Format Paparan Senarai Perkhidmatan MyID - Julai 2012 
icon pdf Format Paparan Senarai Perkhidmatan MyID  

MYKAD adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warga negara Malaysia. Nombor MyKad adalah nombor pengenalan diri yang unik bagi seseorang warga negara dan menjadi maklumat penting yang akan diperoleh dan disimpan oleh agensi kerajaan apabila seseorang warga negara sebagai individu berurusan dengan agensi kerajaan.

 
Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan selaras dengan konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID.
 
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara Malaysia sebagai individu semasa berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.
 
MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warga negara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan.
 
MyID amat penting kerana ia hanya menggunakan satu nombor bagi seseorang warga negara untuk berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan. Ini membolehkan urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.
 
Semua agensi kerajaan dikehendaki melaksanakan MyID. Sehubungan itu agensi kerajaan dikehendaki mengambil tindakan segera ke arah melaksanakan inisiatif MyID bagi semua perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu.
 
Tidak semua perkhidmatan termasuk dalam inisiatif ini. Ia hanya bagi perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu dan perkhidmatan pada masa kini mempunyai nombor rujukan tertentu yang digunakan apabila rakyat menyemak status permohonan dan sebagainya.
 
Pelaksanaan MyID tidak terpakai bagi perkhidmatan yang tidak menjana nombor rujukan, contohnya, pemberian borang permohonan dan sebagainya. Maksud 'warga negara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan' adalah warga negara yang berurusan dengan kerajaan sebagai orang perseorangan dan bukan atas nama syarikat.
 
Pelaksanaan MyID adalah khusus kepada individu warga negara Malaysia saja. Bagaimanapun, jika perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi membabitkan warganegara asing sebagai individu, maka agensi boleh dan digalakkan menggunakan nombor pengenalan diri individu terbabit sebagai nombor rujukan seperti nombor pasport dan sebagainya.
 
Matlamat sebenar MyID adalah untuk memudahkan warga negara berurusan dengan agensi kerajaan dengan tidak perlu mengingati pelbagai nombor. Hanya nombor MyKad digunakan apabila warga negara berurusan dengan kerajaan.
 
Namun begitu, bagi sesetengah perkhidmatan yang memerlukan tahap keselamatan, agensi boleh membuat pengesahan identiti individu berkenaan sebagai semakan peringkat kedua selepas MyID sebelum sesuatu maklumat atau semakan diberikan atau dibenarkan.
 
Untuk melaksanakan MyID, semua agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan berkaitan individu perlu memastikan semua saluran sedia ada bagi perkhidmatan berkenaan menyokong pelaksanaan MyID. Sebagai contoh bagi memastikan pelaksanaan MyID dilaksanakan dengan efektif, agensi perlu mengambil perhatian perkara berikut:

  • Memastikan pegawai yang berurusan dengan orang awam hanya meminta nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila warga negara Malaysia berurusan di kaunter atau melalui telefon;
  • Memastikan hanya nombor MyKad perlu diisi oleh warganegara Malaysia dan bukan nombor rujukan lain dalam borang yang disediakan oleh agensi;
  • Menjadikan nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila warganegara Malaysia mengakses atau menjalankan carian dalam perkhidmatan online agensi dan kios;
  • Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan; dan
  • Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT di agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan MyID.
Buat masa ini pelaksanaan MyID hanya membabitkan perkhidmatan awam saja dan tidak membabitkan institusi bukan kerajaan seperti bank. Urusan yang melibatkan penggunaan MyID di JKPTG adalah:
  1. Semakan Status Permohonan Harta Pusaka
  2. Semakan Maklumat Pebicaraan Harta
  3. Semakan Nilai Harta Pusaka
  4. Semakan Maklumat Pemohon Harta
  5. Pemohonan Pembahagian Pusaka Kecil
  6. Permohonan Bantahan Pengambilan Tanah
  7. Status Bantahan Pengambilan Tanah
  8. Permohonan Sewa / Mengeluarkan Hasil / Bahan Batuan / Kayu Kayan Di Atas Tanah Persekutuan (JKPTG/SPHP 104)
  9. Permohonan Pelepasan Tanah Persekutuan
  10. Permohonan Lesen Pasir (Permohonan Untuk, Atau Untuk Membaharui Lesen Di Bawah Seksyen 4 Akta Pelantar Benua
  11. Cadangan dan Aduan Awam
  12. Status Cadangan dan Aduan Awam
  13. Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Subjek Jabatan
  14. Persetujuan Pembahagian Harta Pusaka (Bagi Waris Dewasa Tidak Hadir Perbicaraan)(Bahasa Malaysia/Inggeris

Bagi anggota tentera atau polis, sekiranya tidak memegang MyKad, mereka boleh menggunakan nombor kad kuasa polis atau tentera untuk berurusan dengan perkhidmatan yang sudah menggunakan MyID seperti di KWSP dan LHDN.

Sekiranya individu hanya membuat pertanyaan umum (contoh: syarat pengeluaran KWSP), soalan keselamatan tidak perlu diajukan. Bagi kes pertanyaan yang membabitkan maklumat sulit dan persendirian, soalan keselamatan yang terdiri daripada maklumat demografik individu seperti nama penuh, alamat tetap atau lokasi permohonan pengeluaran dibuat.

Sebarang maklumat, cadangan dan pertanyaan mengenai MyID boleh dikemukakan kepada :

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
http://www.mampu.gov.my atau hubungi 03-8872 3000/ 03-8888 3566 (faksimili)

 

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1793

Minggu Ini 12125

Bulan Ini 68392

Keseluruhan 9191621

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini