Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem MyeTaPP versi 5 akan mula digunapakai oleh JKPTG Ibu Pejabat pada hari Isnin, 19 Jun 2017.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran perlaksanaan Live Sistem MyeTaPP versi 5 ini, perkara-perkara berikut perlu diambilkira :
- Cut off date Sistem MyeTaPP versi 4 JKPTG Ibu Pejabat adalah pada 16 Jun 2017 (Jumaat ).Mohon jasa baik dan kerjasama pengguna Sistem MyeTaPP JKPTG Ibu Pejabat , Pengguna KJP, Pengguna Integrasi, Pengguna JKPTG Sabah, Sarawak dan Pengguna dari PTG Labuan bagi memastikan penggunaan sistem tersebut adalah setakat 3:30 petang sahaja. Ini bertujuan untuk memberi laluan untuk persiapan teknikal yang akan dilakukan dalam masa 24 jam, hari yang sama.
- Dimaklumkan bahawa sistem MyeTaPP ( http:// www.etapp.gov.my ) akan ditutup capaian dan penggunaan bermula 16 Jun 2017 jam 3:30 petang.Sistem MyeTaPP bagi JKPTG Ibu Pejabat versi 5 boleh dicapai penggunaannya menggunakan URL yang baru bermula 19 Jun 2017 (Isnin), jam 8.00 pagi di pautan ini MyeTaPP
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pegawai JKPTG ( BPICT ) berikut :
- En. Samsul bin Samsudin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ( 03 8886 1349 )
- En. Mohd Hafiz bin Hussin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ( 03 8886 1335 )
Sekian dimaklumkan, terima kasih.