Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dengan kerjasama Pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan menganjurkan Webinar Outreach Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Tahun 2020/2021 Siri 1 pada 18 Mac 2021 (Khamis), jam 9.30 pagi. Sehubungan itu, Jabatan ini berbesar hati menjemput pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menyertai sesi webinar ini secara LIVE menerusi laman facebook JKPTG.