header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Latar Belakang
  1. Mula berfungsi sebagai Unit Khas Bergerak, Melaka pada tahun  1979 dan ditempatkan di Wisma Persekutuan, Jalan Hang Tuah, Melaka.
     
  2. Mula beroperasi sebagai sebuah Jabatan Persekutuan di peringkat negeri mulai Februari 2000 dan dikenali sebagai Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri Melaka.
     
  3. Skop dan fungsi JKPTG (P)  Negeri Melaka meliputi aktiviti-aktiviti pengambilan tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan, pengurusan tanah Kerajaan Persekutuan termasuk tindakan penguatkuasaan dan juga pusaka kecil.

 

Fungsi

1.   Unit Pengambilan Tanah
Memproses, menyelaras  dan memastikan urusan pengambilan tanah diuruskan mengikut APT 1960, Kaedah Pengambilan Tanah 1998 dan undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan pentadbiran tanah
 
2.   Unit Tanah Persekutuan
Memastikan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Tanah meliputi aspek-aspek penyimpanan rekod yang lengkap dan kemaskini, pemantauan kemajuan pengurusan tanah Persekutuan, pajakan  dan pengambilan, penguatkuasaan  dan kutipan hasil.
 
3.   Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Memberi khidmat sokongan urusan pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan.
 
4.   Unit Pembahagian Harta Pusaka
Menguruskan Penyelesaian  Harta Pusaka Kecil.
 
5.   Unit Teknologi Maklumat
Peranan Utama Unit Teknologi Maklumat adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas pelaksanaan projek komputeriasasi di JKPTG Melaka, memastikan semua keperluan dan kemudahan teknologi maklumat yang merangkumi perkakasan, perisian, rangkaian dan infrastruktur ICT di JKPTG Melaka diurus dan ditadbir secara tepat mengikut keperluan dan selamat bagi menyokong pencapaian objektif JKPTG Melaka.

 

Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mewujudkan Pengurusan Tanah Negara Yang Cemerlang Selaras Dengan Hasrat Pembangunan Negara
  2. Ke Arah Pengurusan Tanah Negara Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang
  3. Mempertingkatkan Sistem Pengurusan Dan Perundingan Tanah Supaya Cekap Dan bermutu di Seluruh Negara Selaras Dengan Dasar  Pembangunan Negara
  4. Meningkat Kecekapan Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian  Pusaka, Pengambilan Tanah dan Penguatkuasaan.
Piagam Pelanggan
  1. Membawa risalat yang lengkap untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh 30 hari bekerja.
  2. Permohonan Pembangunan Tanah diproses dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sehingga diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Tanah (JKBB). 
  3. Permohonan Kebenaran Pindahmilik :
    • Kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Melaka (PTG)
      • Diproses dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sehingga kelulusan PTG.
    • Kelulusan YAB Ketua Menteri Melaka
      • Diproses dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sehingga dihantar ke pejabat YAB Ketua Menteri.
  4. Memorandum kepada YAB Ketua Menteri bagi permohonan Serah Beri Milik Semula (SBMS) yang lengkap diterima daripada PTD hingga maklum keputusan kepada PTD dalam tempoh 60 hari bekerja.
  5. ​Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.
  6. Mengurus untuk mendapatkan pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri mengenai pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960 sehingga tindakan pewartaan dalam tempoh 150 hari bekerja.
  7. Pengurusan Strata melibatkan permohonan Pecah Bahagian Bangunan (Hakmilik Strata) akan diproses daripada tarikh perserahan permohonan lengkap hingga didaftarkan dalam tempoh 70 hari bekerja (urusan di PTGM sahaja).
  8. ​Keputusan mengenai rayuan bayaran ansuran cukai tanah akan dimaklumkan kepada PTD dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  9. Maklumbalas terhadap pertanyaan dan aduan awam akan diberi dalam tempoh 7 hari bekerja.
Latar Belakang

Sebelum di kenali dengan nama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, jabatan ini dikenali dengan nama Unit Khas Bergerak (UKB) yang ditubuhkan pada tahun 1979 untuk menjalankan proses pengambilan tanah dan pentadbiran tanah persekutuan yang diketuai oleh 3 orang Penolong Pengarah. Manakala unit pembahagian pusaka kecil beroperasi di Pejabat Daerah dan Jajahan di beberapa buah daerah di negeri Kelantan iaitu di daerah Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh. Pada tarikh 01.03.1997, atas arahan daripada ibu pejabat, JKPTG Negeri Kelantan secara rasminya diletakan di bawah satu bumbung Unit Khas Bergerak (Unit Pengambilan Tanah dan Unit Tanah Persekutuan), Unit Penguatkuasaan dan Penyewaan Unit Pusaka Kecil, Unit Akta Penanaman Padi telah digabungkan dan diletakkan dibawah satu bumbung serta di tubuhkan Unit Pentadbiran Dan Kewangan dan di pertanggungjawabkan kepada pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan.

Fungsi
  • Menjalankan Tugas Pengambilan Tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah ,1960 dan mempastikan proses pengambilan dapat diselesaikan supaya projek- projek pembangunan dijalankan mengikut jadual
  • Membantu pengeluaran hakmilik sambungan melalui Permohonan Ukur yang dibuat selepas proses pengambilan 
    Tanah selesai
  • Memantau Tanah Rizab dan Tanah Milik Persekutuan.
  • Memantau Hakmilik bagi Tanah Persekutuan
  • Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil

 

Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  • Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah Supaya Cekap dan Bermutu Di Seluruh Negara Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara
  • Meningkatkan Kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan
  • Menggerak dan Memimpin Usaha-usaha Pembaharuan Dalam Pentadbiran Tanah Supaya Dapat Menyampaikan Perkhidmatan Yang Cekap, Berkesan, Produktif dan Berkualiti

Objektif Unit Pengambilan Tanah

  • Mempercepatkan proses permohonan pengambilan tanah yang dikemukakan oleh Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri;
  • Menjelaskan bayaran pampasan dan dalam keadaan-keadaan tertentu mendepositkannya di Mahkamah atau Amanah Raya Berhad yang mana berkenaan dalam tempoh genap masa;
  • Membuat permohonan ukur kepada JUPEM untuk mengeluarkan hakmilik sambungan (jika berkaitan ) selepas proses pengambilan selesai;
  • Merujukkan kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) - (d) Akta Pengambilan Tanah.

Objektif Unit Pentadbiran & Kewangan

  • Menentukan bahawa semua pelaksanaan urusan perkhidmatan, pentadbiran dan tatacara kewangan dipraktikan bersesuaian dengan kehendak Perintah- Perintah Am serta Tatacara Kewangan yang dikemaskini dari semasa kesemasa.

Objektif Unit Harta Tanah Persekutuan

  • Merekod,mengemaskini dan mengawal fail- fail induk Harta Tanah Persekutuan
  • Mengemaskini dan mengawal Tanah Milik /Rizab Persekutuan dan Tanah A.A Persekutuan /Fail- fail permohonan pemberimilikan atau perizapan tanah PTP dan fail cukai Tanah Persekutuan
  • Menyediakan Laporan Bulanan Kerja- Kerja Pasukan Petugas Khas (Taskforce)
  • Untuk menyelesaikan seberapa banyak kes permohonan pembahagian pusaka kecil dalam jangka masa yang secepat- cepatnya serta mengurangkan perbelanjaan dan kesusahan kepada rakyat disamping memberi penerangan yang jelas dan khidmat nasihat kepada waris- waris yang bakal menuntut pembahgian pusaka / Surat Tadbir.

Objektif Unit Pembahagian Pusaka

  • Mengemaskan Dokumen Hakmilik Daftar dengan pemilik-pemilik gantian (successive benefeciaries)
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan menyedarkan orang ramai tentang betapa pentingnya tuntutan pusaka dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh mati.

Latar Belakang

Pada asalnya, jabatan ini dikenali sebagai Unit Khas Bergerak (UKB) dan ditubuhkan pada tahun 1979. Mulai tahun 2000, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang diwujudkan secara rasmi di Kuantan (ibu pejabat dan Zon Timur) serta dua buah cawangan iaitu di Temerloh (Zon Tengah) dan di Raub (Zon Barat) dengan dianggotai oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pengambilan Tanah, Unit Tanah Persekutuan dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.

 JKPTG Kuantan telah memulakan operasi di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang. Memandangkan pertambahan bilangan pegawai dan kakitangan, pada tahun 2000 Jabatan ini telah berpindah ke Jalan Teluk Sisek. Jabatan ini mempunyai seramai 29 orang kakitangan iaitu 23 orang di Unit Pengambilan Tanah dan 6 orang di Unit Pusaka. Cawangan Temerloh telah beroperasi di Bangunan Pejabat Daerah Temerloh. Pada tahun 1995 jabatan ini telah berpindah ke Pejabat Felda Temerloh iaitu selama 3 tahun. Kemudiannya sekali lagi telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Temerloh, Jalan Merdeka mulai 2 September 2003 sehingga sekarang. Jabatan ini mempunyai seramai 19 orang kakitangan iaitu 12 orang di Unit Pengambilan Tanah dan 7 orang di Unit Pusaka.

Cawangan Raub mula beroperasi di Pejabat Tanah dan Daerah Raub. Pada tahun 1984 JKPTG Raub telah berpindah ke Pejabat Majlis Daerah Raub dan kemudiannya pada tahun 1991 telah berpindah semula ke Pejabat Tanah dan Daerah Raub. Kini, JKPTG Raub beroperasi di Bangunan Gunasama Persekutuan Raub sejak tahun 1996. Ia mempunyai seramai 14 orang kakitangan iaitu 9 orang dari Unit Pengambilan Tanah manakala seramai 5 orang dari Unit Pusaka.

Fungsi

1. Unit Pengambilan Tanah

  • Menerima permohonan dan dokumen sokongan Pengambilan Tanah daripada agensi pemohon (Kementerian) bagi maksud Persekutuan melalui Proses Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Memantau proses Pengambilan Tanah dan Permintaan Ukur di JKPTG Negeri melalui laporan Prestasi Bulanan Unit Pengambilan Tanah
  • Menepati keperluan undang-undang dan Pekeliling KPTG/PTP berkenaan dengan Pengambilan Tanah

2. Unit Tanah Persekutuan

  • Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil
  • Mengurus permohonan pemberimilikan tanah untuk projek Persekutuan
  • Menguruskan pembayaran cukai tanah milik Persekutuan bagi Negeri Pahang
  • Menguruskan perletakhakan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
  • Membantu Kementerian/ Jabatan Persekutuan untuk membangunkan tanah-tanah Persekutuan agar dapat digunakan secara optima

3. Unit Pentadbiran & Kewangan

  • Mengurus dan mengawal hal-hal pentadbiran am, perkhidmatan dan kewangan jabatan di peringkat ibu pejabat (Kuantan) dan pejabat cawangan negeri (Temerloh dan Raub) secara teratur, cekap dan berkesan

Pentadbiran

  • Menguruskan Mesyuarat Pengurusan & Kewangan setiap empat kali setahun
  • Merekod semua urusan surat-menyurat dan fail-fail jabatan serta keselamatan pejabat
  • Menguruskan rekod cuti kakitangan dan urusan persaraan
  • Menguruskan perakuan tanggung kerja
  • Menguruskan penyewaan ruang pejabat
  • Mengemaskini data-data perjawatan
  •  

Kewangan

  • Penyediaan laporan kewangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Akaun (JPA)
  • Penyediaan anggaran belanjawan dan kewangan jabatan
  • Menguruskan pembayaran dan pembelian harta modal, inventori, alat tulis dan peralatan-peralatan lain
  • Menguruskan panjaran runcit
  • Kawal selia peruntukan dan perbelanjaan jabatan

Unit Task Force

  • Membantu Kementerian / Jabatan dalam proses perolehan tanah untuk projek-projek dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9)
  • Mengenalpasti tanah-tanah milik PTP Negeri Pahang yang berada di bawah kawalan Kementerian
  • Memantau tanah-tanah PTP Negeri Pahang daripada dicerobohi

Unit Komputer

  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan operasi bagi semua Sistem Maklumat Tanah sedia ada yang masih berkuatkuasa
  • Bertanggungjawab mengenalpasti masalah aplikasi bagi semua Sistem Maklumat Tanah sedia ada dan permintaan urusan baru
  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan “Help Desk” bagi semua Sistem Maklumat Tanah
  • Melaksanakan dan merancang program promosi bagi semua Sistem Maklumat Tanah yang telah dibangunkan
Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mempercepatkan Proses Permohonan Pengambilan Tanah Yang Dikemukakan Oleh Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Menepati Keperluan Dengan Cekap Seperti Kehendak Akta Pengambilan Tanah 1960.
  2.  Menjelaskan Bayaran Pampasan Dan Dalam Keadaan-Keadaan Tertentu Mendepositkannya Di Mahkamah Atau Amanah Raya Berhad Yang Mana Berkenaan Dalam Tempoh Genap Masa.
  3. Membantu Pejabat Tanah Daerah Mengeluarkan Hak Milik Sambungan (Jika Berkaitan) Melalui Permohonan Ukur Selepas Proses Pengambilan Tanah Selesai.
  4. Merujuk Kes-Kes Bantahan Ke Mahkamah Yang Dibuat Di Bawah Seksyen 37(1) (A) Hingga (D) Akta Pengambilan Tanah Dalam Tempoh Masa Yang Ditetapkan.
  5. Mewujud Dan Mempastikan Pengurusan Tanah Persekutuan Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Dinamik.
Piagam Pelanggan
  1. Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  2. Menyediakan dan Mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar notis Borang E kepada orang yang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis awam ditampal (15 hari notis 1 hari/1 Penghantar Notis).
  3. Mengadakan Siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Awam (Borang E)
  4. Menyediakan Award Pampasan Bertulis (Borang G) dihadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
  5. Menyediakan dan menghantar Notis Award dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
  6. Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (Mengikut Mana Yang Berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk Endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
  7. Membuat Pembayaran Pampasan kepada Pihak Yang Berkepentingan/ Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/ bayaran (yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
  8. Merujukkan bantahan ke Mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima.
  9. Mengemukakan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh Endosan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang mana terkemudian

Latar Belakang

JKPTG Negeri Terengganu dahulunya dikenali sebagai Unit Khas Bergerak(UKB) yang ditubuhkan sebagai Bahagian yang penting dalam organisasi Jabatan Tanah Persekutuan yang dikawal dan diawasi secara langsung oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
 
Tiga Unit telah ditubuhkan pada April 1979 dan ketiga-tiga unit ini asalnya ditumpangkan di Pejabat Tanah Kuala Terengganu sehinggalah satu Unit dipindahkan ke Daerah Besut ekoran permintaan Kementerian Pertanian untuk menempatkan satu Unit Pengambilan Tanah di KETARA.  Dua Unit yang lain kemudiannya berpindah ke Wisma MAIDAM mulai Julai 1992. Sehinggalah pada November 2003, selepas wujudnya JKPTG Negeri Terengganu, ia berpindah sekali lagi ke bangunan Kuala Terengganu Business Centre sehingga hari sekarang.

Fungsi

Sebagai penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah meliputi :

  1. Permodenan pentadbiran tanah
  2. Peningkatan kepakaran tenaga kerja pentadbiran tanah
  3. Pakar runding pentadbiran tanah
  4. Pengurusan pusaka kecil
  5. Penguatkuasaan & hasil persekutuan tanah
Objektif, Misi dan Visi

Visi

Peneraju kecemerlangan pengurusan pentadbiran tanah dan pusaka ke arah kemakmuran bersama menjelang 2025
 
Misi
Memperkukuh sistem pengurusan pentadbiran tanah dan pusaka berasaskan teknologi serta responsif demi kesejahteraan rakyat

 
Objektif

  • Memperkasakan modal insan melalui budaya pembelajaran berterusan
  • Menjadi pemangkin dan peneraju inovatif dalam pembaharuan pengurusan tanah
  • Mewujudkan perkongsian pintar antara agensi
Piagam Pelanggan

Kami kakitangan UPT Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri berjanji seperti berikut :

  1. Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  2. Menyediakan dan Mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar Notis Borang E kepada orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis Awam ditampal (15 notis 1 hari/ 1 Penghantar Notis).
  3. Mengadakan siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Awam (Borang E).
  4. Menyediakan Award Pampasan bertulis (Borang G) di hadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
  5. Menyediakan dan Menghantar Notis Award dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
  6. Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (Mengikut Mana Yang Berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk Endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
  7. Membuat Pembayaran Pampasan kepada Pihak Yang Berkepentingan / Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/bayaran (yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
  8. Menunjukkan bantahan ke Mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima.
  9. Mengemukakan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh Endosan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang mana terkemudian.

Latar Belakang

Unit Khas Bergerak Perlis ditubuhkan pada 1.1.1979 pada awalnya Unit Khas Bergerak bersama Unit Pembahagian Pusaka Kecil ditempatkan di Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Bangunan Dato’ Mahmud Mat. Manakala Unit Akta Penanam Padi yang ditubuhkan pada tahun 1970 yang ditumpangkan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri berpindah ke Tingkat 1 Bangunan Persekutuan Lama sehingga bulan Jun 1998. Pada tahun 1985 Pejabat Tanah dan Galian Perlis telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Penjara bersama-sama dengan Unit Khas Bergerak dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
 
Pada bulan Julai 1998, ketiga-tiga Unit iaitu Unit Khas Bergerak, Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan Unit Akta Penanam Padi telah diarah untuk berpindah di Tingkat 7, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas, Kangar. Perpindahan ketiga- tiga unit ini adalah berkonsepkan ` Pentadbiran Di Bawah Satu Bumbung ‘ dan dinamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Cawangan Negeri yang diketuai oleh seorang Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.Kini Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perlis mempunyai sebanyak 28 orang kakitangan.

Objektif, Misi dan Visi
Objektif: 
  1. Mempertingkatkan sistem pengurusan dan perundangantanah supaya cekap dan bermutu diseluruh Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
  2. Meningkatkan kecekapan Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah dan Penguatkuasaan.
  3. Menggerak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti.

Objektif Unit Pengambilan Tanah

Menguruskan permohonan pengambilan tanah dengan cekap dan teratur bagi memastikan:-

  • Perlaksanaan projek Kerajaan persekutuan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
  • Hak semua pihak yang berkepentingan terjamin disisi undang-undang.

Objektif Unit Tanah Persekutuan

  • Menguruskan dan menyimpan rekod tanah milik dan tanah rizab persekutuan yang kemaskini dan sistematik.

Objektif Unit Tanah Persekutuan

  • Menentukan bahawa pengurusan pentadbiran berjalan dengan cukup dan teratur dari segi perkhidmatan, kewangan, pentadbiran am dan keselamatan bagi semua unit.
Piagam Pelanggan

 Kami kakitangan UPT Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Berjanji seperti berikut:-

  1. Memproses pendaftaran permohonan pengambilan tanah yang diterima daripada PTG Negeri dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh-tarikh penerimaan fail.
  2. Menyediakan dan mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh warta Borang D dan menghantar notis Borang E kepada orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis awam ditampal.
  3. Mengadakan siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Siasatan (Borang E) ditampal di papan kenyataan awam.
  4.  Menyediakan award Pampasan bertulis (Borang G) di hadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
  5.  Menyediakan dan menghantar Notis Award Dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
  6. Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebihdari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (Mengikut mana yang berkenaan) dan akan mengemukakan salinannya kepadaPendaftar Hakmilik untuk Endorsan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K
  7. Membuat pembayaran pampasan kepada pihak yang berkepentingan/ Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/bayaran (yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
  8. Merujukkan bantahan ke Mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima. Mengeluarkan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh Endorsan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang terkemudian.
location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 1612

Minggu Ini 1612

Bulan Ini 8739

Keseluruhan 10233406

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini