Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian. Manakala Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL) ditubuhkan bagi membantu JKPTG mempercepatkan urusan pengambilan tanah supaya pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan tidak terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JKPTGWPKL mempunyai 2 unit iaitu Unit Pengambilan Tanah dan Unit Pusaka Kecil. Jumlah kakitangan yang bekerja dibawah JKPTGWPKL adalah seramai 31 orang didalam Unit Pengambilan Tanah dan 8 orang dibawah Unit Pusaka Kecil.
Fungsi Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Fungsi Unit Pengambilan Tanah
Fungsi Unit Tanah Persekutuan
Fungsi Unit Teknologi Maklumat
Fungsi Unit Pembahagian Pusaka
Fungsi:
Bahagian Pasukan Petugas Khas telah diberi tanggungjawab untuk membantu Pentadbiran Tanah Negeri(PTN) menyelesaikan tunggakan dalam tiga (3) bidang urusan tanah seperti berikut:
Objektif:
Alamat:
Aras 3, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana
Presint 4, 62574 PUTRAJAYA
Fax : 03 – 8871 2928
Pada 1 Jun 1997 seorang Penolong Pegawai Tadbir N6 telah di tempatkan di Unit Harta Tanah Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sabah dan berpejabat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Tingkat 6, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun jumlah kakitangan untuk jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17 telah bertambah 1 orang pada 10 Januari 2003. Pada 12 November 2003, JKPTG Sabah telah diperuntukan ruang pejabat dengan keluasan 768 kaki persegi di Tingkat 2, Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu.Pada 15 Mac 2005, jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 dan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 telah diisi. Pada masa itu, jumlah kakitangan JKPTG Sabah cuma 4 orang sahaja. Pada 31 Julai 2005 jawatan Pengarah Gred M48 telah diisi dan sehingga kini JKPTG Sabah mempunyai seramai 8 orang kakitangan.
1.Fungsi Utama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sabah adalah :
2. Sabah dibahagi kepada 25 daerah pentadbiran dengan keluasan 73,619 km persegi. Berdasarkan kepada maklumat tanah dalam Sistem Maklumat Tanah Bersepadu terdapat 926 kes permohonan dan 1074 lot yang telah diluluskan yang mana 670 daripada lot tersebut telah dikeluarkan hakmilik selebihnya masih dalam bentuk geran deraf walaupun permohonan telah lama diluluskan. Ini adalah kerana geran deraf tersebut tidak dapat dikesan atau premium belum dibayar yang mengakibatkan geran deraf tidak dapat didaftar untuk menjadikannya geran asal atau hakmilik.
3. Masih banyak lagi tanah yang diduduki oleh agensi Persekutuan yang memerlukan tindakan permohonan dan terdapat laporan mengenai tanah-tanah Persekutuan yang telah dicerobohi yang perlu dilawati dan diambil tindakan. Keluasan Negeri Sabah dan Kemudahan perhubungan jalanraya untuk ke tapak yang terlibat tidak baik dan jauh menjadikan tugas penguatkuasaan begitu sukar.
Objektif Jabatan :
1. Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan tanah supaya cekap dan bermutu di seluruh Negara selaras dengan dasar pembangunan Negara.
2. Meningkatkan kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelarasan, Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan.
3. Menggerak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti.
Objektif Unit :
1.Mewujudkan maklumat dan pengurusan Harta Tanah Persekutuan yang kemaskini dan berkesan.
Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, JKPTG telah menetapkan 3 piagam seperti berikut :
Bahagian Digitalisasi dan Pentadbiran Tanah (BDPT) terbentuk selaras dengan penstrukturan semula tiga seksyen ICT di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian pada 1 Januari 2015. Tiga (3) seksyen tersebut adalah Seksyen Maklumat tanah, Seksyen Komputer Pentadbiran Tanah dan Pasukan Projek e-Tanah.
Fungsi utama bahagian ini adalah untuk menguruskan keperluan peralatan dan perisian komputer dengan lebih berkesan dan bersesuaian bagi keperluan semua bahagian. Dua unit telah dibentuk untuk memenuhi semua fungsinya. Fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:
Objektif:
Untuk memodenkan kaedah pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah dan menjadikan prosedur pendaftaran lebih kos efektif dengan tidak mengabaikan keselamatannya dan meningkatkan kemudahan mengesan dan memperolehi maklumat tanah.
SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER
Pada tahun 1980, kabinet telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah , manakala Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah ditugaskan sebagai penyelaras Pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah dengan melantik pakar runding The Central Board For Real Estate Data (CFD) dari Sweden. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian telah diberi tanggungjawab dalam projek ICT yang melibatkan pentadbiran tanah di peringkat negeri.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) adalah suatu sistem yang telah dibangunkan pada tahun 1990 oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK) dengan kerjasama Kerajaan Sweden. Projek SPTB telah bermula pada 1989 dan sebagai langkah utama projek perintis telah dimulakan. Pasukan Projek SPTB telah mengambil beberapa tindakan sebelum pelaksanaan projek perintis. Antara tindakan yang diambil adalah pindaan KTN iaitu penambahan Jadual ke-14 ,serta perolehan perkakasan dan perisian serta persediaan tapak. Projek Perintis (pilot) ini telah dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelaksanaan Sistem SPTB telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.
Pelaksanaan SPTB Fasa 1 telah bermula pada tahun 1996-1998 dan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur. Manakala pelaksanaan Fasa 2 telah bermula pada permulaan tahun 2001 dan telah dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan. Kemudian aplikasi yang digunakan negeri-negeri Fasa 1 dipertingkatkan kepada aplikasi seperti di negeri-negeri Fasa 2 bagi memastikan keseragaman dan memudahkan untuk penyelanggaraan. Pelaksanaan naiktaraf SPTB Fasa 1 telah bermula pada tahun 2002.
Objektif penubuhan sistem SPTB ialah memodenkan kaedah pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah dan menjadikan prosedur pendaftaran lebih kos efektif dengan tidak mengabaikan keselamatan di samping memudahkan pengesanan maklumat tanah. Sistem ini melibatkan proses kerja secara manual dan berkomputer. Penambahbaikan dan naik taraf sistem akan dilaksanakan dari masa ke masa bagi memenuhi kehendak pengguna. Isu mengekalkan keselamatan sistem akan diambil kira dan memastikan semuanya mematuhi kehendak KTN. Pasukan Projek SPTB akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penambahbaikan terhadap sistem mengikut permintaan negeri serta mengatasi isu pencerobohan sistem, pemalsuan title dan sebagainya. Bukan itu sahaja, penambahbaikan terhadap sistem dapat memastikan sistem berfungsi efektif dan data adalah terselamat.
Halaman 3 dari 3