Satu Taklimat Pengurusan Harta Pusaka oleh Seksyen Pembahagian Pusaka JKPTG kepada Pemilik Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinci Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah diadakan.Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan dengan lebih lanjut bagi meningkatkan pemahaman pemilik unit kediaman mengenai pentadbiran dan pengurusan harta pusaka sekaligus memastikan proses pembangunan semula di kawasan tersebut dapat dilakukan dengan lebih lancar.