Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Anak saya berumur 2 tahun dan dia adalah salah seorg penama di dalam harta tak alih (rumah) arwah suami saya manakala saya sebagai pemegang amanah? Bolehkah harta tersebut dijual dan apakah prosedur yang perlu saya lalui...
Dengan segala hormatnya email pertanyaan puan dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan di dalam kebanyakkan kes pihak penjaga perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk tujuan penjualan harta yang melibatkan hak bahagian waris yang belum dewasa. Walaubagaimana pun untuk tujuan pencerahan pihak puan dimohon mengemukakan no kad pengenalan arwah serta pejabat yang mengeluarkan perintah pembahagian pusaka tersebut atau mengemukakan no rujukan bagi tersebut atau pihak puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai kami di Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.