header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • Pengguna: Ramli Saad
  • Tarikh: Selasa, 20 Oktober 2015
  • Jenis: Pendapat

Tuan,

Saya lihat iklan mengenai hakmilik strata berkali-kali.  Tetapi usaha juga patut dibuat supaya PTG lebih efisien dalam mendaftar hakmilik strata supaya tidak terlalu lama berbanding dengan hakmilik 'landed property'.

Maklum Balas / Tindakan

Tuan,

1.            Untuk makluman pihak tuan, Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2015. Antara objektif utama pindaan ini adalah untuk memendekkan masa pengeluaran hakmilik strata daripada 170 hari bekerja kepada 100 hari bekerja, yang mana tempoh itu bermula selepas permohonan hakmilik strata dibuat kepada PTG Negeri. Untuk makluman pihak tuan juga, berdasarkan seksyen 7 Akta Hakmilik Strata 1985, pengeluaran hakmilik strata hanya boleh dipohon oleh tuan tanah, selepas tempoh 4 bulan apabila peringkat struktur utama (super structure) bangunan telah siap dan telah dikeluarkan Sijil Cadangan Pelan Strata (CPSP) oleh pihak JUPEM, berbanding dengan hakmilik landed property yang boleh dipohon di peringkat awal sesebuah pembangunan lagi, iaitu bersekali dengan kelulusan Kebenaran Merancang di One Stop Centre.

2.            Bersama-sama ini dilampirkan keratan akhbar Berita Harian pada 11 Disember 2013 berkaitan Akta A1450 untuk rujukan tuan selanjutnya.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 395

Minggu Ini 15323

Bulan Ini 55201

Keseluruhan 9249483

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini