Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Salam,
Bapa saya sudah meninggal dan ada meninggalkan harta berikut yang saya serta adik beradik sedang menguruskan pembahagian melalui kaedah faraid :
Sebuah kedai yang dinilai oleh LHDN pada 3,800,000 (tiga juta lapan ratus ribu ringgit). Dalam geran ada dua nama (bapa saya dan Encik X) dan setiap seorang memiliki 50% dari harta. Encik X juga sudah meninggal. Saya ingin tahu berapa kah caj dikenakan pihak PTG untuk pindah milik nama pada geran kepada anak anak bapa saya dan anak anak Encik X?
Jika anak anak Encik X tidak ingin melakukan pindah milik nama pada waktu ini, bagaimana pula caj dikenakan jika pindah milik nama dilakukan cuma bagi pihak bapa saya sahaja yakni pada 50% harta sahaja (dari bahagian bapa saya kepada adik beradik saya)?.
Terima kasih
Adalah dimaklumkan bahawa tuntutan harta pusaka adalah dibuat atas nama sesorang yang meninggal dunia dan bukanlah berdasar harta yang dimilikki. Dalam kes ini terdapat dua harta pusaka yang perlu dibuat oleh ahli waris iaitu harta pusaka bapa tuan sendiri dan harta pusaka arwah Encik X. Untuk makluman tuan bidangkuasa harta pusaka kecil adalah RM 2 juta sahaja dan nilaian harta tak alih akan dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Jika harta pusaka tersebut dikelaskan sebagai harta pusaka kecil bayaran yang dikenakan adalah 0.2% daripada nilaian kasar keseluruhan harta pusaka simati. Untuk kemudahan pihak tuan bersama-sama ini dilampirkan panduan serta borang permohonan harta pusaka kecil. Untuk keterangan lanjut pihak tuan boleh menghubungi kami atau hadir ke Unit Pembahagian Pusaka JKPTG yang berhampiran.