header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Tarikh : 24 Januari 2018

Tempat : Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

World Bank telah memberi pengiktirafan kepada kejayaan Malaysia dalam meningkatkan prestasi dalam sektor awam dengan mengeluarkan suatu laporan Knowledge and Research pada November 2017, The Malaysia Development Experience Series yang bertajuk Enhancing Public Sector Performance: Malaysia’s Experience with Transforming Land Administration untuk dikongsikan bersama negara-negara lain tentang kemajuan Malaysia dalam mentransformasikan pentadbiran tanah melalui sistem elektronik iaitu e-Tanah. Laporan ini telah memfokuskan kepada:

  1. Mendokumentasi cara Malaysia memperbaiki pengurusan sektor awam untuk dicontohi oleh negara membangun yang lain.
  2. Memfokuskan kepada perkhidmatan pentadbiran dan polisi tanah kerana ia merupakan faktor utama yang menyumbang kepada urus tadbir sesebuah negara. 
  3. Menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai contoh kepada beberapa program dan inisiatif yang dapat memperbaiki sistem pengurusan dan perkhidmatan yang berkaitan tanah.
  4. Pentadbiran tanah di Malaysia dari segi perlembagaan dan undang-undang yang melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta pelbagai agensi lain.
  5. Kejayaan Malaysia dalam menyampaikan perkhidmatan pentadbiran tanah yang efisyen walaupun mempunyai struktur perlembagaan dan undang-undang yang kompleks.
  6. Pengenalan kepada qualified titles, business-process re-engineering, ICT tools dan kerjasama awam swasta yang dapat menawarkan model perniagaan yang inovatif untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. viii. Sistem bersepadu yang melibatkan sistem kadaster dan pendaftaran yang dicadangkan.
  7. Infrastruktur Data Geospatial Negara yang efektif memerlukan polisi dan perundangan yang jelas supaya peranan dan tanggungjawab pembekal data dan pengguna dapat ditakrifkan.

IMPAK :

  • Dasar dan pengurusan tanah yang berkualiti adalah sangat penting untuk mendapatkan hakmilik tanah, pasaran tanah yang berfungsi dengan baik dan pengurusan tanah yang mapan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sistem penyampaian yang efisien kepada rakyat dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Terdapat beberapa kunci utama dalam kejayaan Malaysia mentransformasikan pentadbiran tanah yang dapat dicontohi oleh negara lain:
    1. Pengeluaran hakmilik sementara dengan ukuran kelas ketiga bagi definisi spatial merupakan langkah efektif untuk melaksanakan pendaftaran yang sistematik.
    2. Business-Process-Re-Engineering adalah suatu proses yang efektif untuk memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan. Sekiranya ia dilaksanakan dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan, ia dapat memecahkan ‘silo’ yang telah lama terbina.
    3. Penggunaan ICT berkesan dalam proses penyeragaman, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menyediakan data spatial untuk kegunaan yang lebih meluas dalam kerajaan dan juga masyarakat.
    4. Dalam sebuah persekitaran yang kompleks, suatu mekanisme yang jelas diperlukan untuk melaksanakan dasar berkaitan tanah yang berkesan. Hal ini penting supaya hak-hak kumpulan tertentu dapat dilindungi.
    5. Kerjasama awam swasta (PPP) dapat menawarkan model perniagaan yang inovatif bagi dipertimbangkan oleh pihak kerajaan namun pertimbangan yang wajar dari segi tadbir urus, kontrak, pelaksanaan, reka bentuk, pemantauan dan impak diperlukan kerana memastikan hakmilik hartanah yang selamat dan pasaran hartanah yang baik merupakan landasan Pembangunan ekonomi dan kestabilan sosial kepada sesebuah negara.

 

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1256

Minggu Ini 13852

Bulan Ini 53730

Keseluruhan 9248012

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini