header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2008

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Pematuhan kehendak Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan permohonan perolehan tanah-tanah Kerajaan untuk projek Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
  • Tujuan Pekeliling:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah mengenai kehendak Perkara 83 dan 85 Perlembagaan Persekutuan yang hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan-kerajaan Negeri semasa menimbangkan perrmohonan pengambilanbalik tanah, pemberimilikan tanah dan perizapan tanah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2008

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Pentadbiran Tanah dan Polis Di Raja Malaysia dalam menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.
  • Tujuan Pekeliling:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Pentadbiran Tanah (PT) – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri-negeri bagi menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2008

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Kesahihan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan pendaftaran
  • Tujuan Pekeliling:
    1. Edaran khas ini dikeluarkan untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan di kaunter pentadbiran tanah.
    2. Ianya bersifat pentadbiran, yang menggariskan penggunaan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi tujuan perserahan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 27 Februari 2008
  • Tajuk Pekeliling: Usaha-usaha penambahbaikan bagi menggalakkan pemilik-pemilik tanah menjelaskan cukai tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2008

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 27 Februari 2008
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Perizapan Tanah Kerajaan bagi maksud sistem perkhidmatan pembetungan

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2007

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 24 Oktober 2007
  • Tajuk Pekeliling: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG negeri bagi permohonan tanah (untuk mendapatkan hakmilik/rizab) untuk kegunaan kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan pengguna (KJP) dan fee Permohonan Tanah.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk:

    1. Memudahkan KJP memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah tanah Kerajaan Negeri (State Land) sahaja;
    2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu KJP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan; dan
    3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini. 

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 3/2004

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 April 2005
  • Tajuk Pekeliling: Panduan tindakan penguatkuasaan bagi kes-kes kegagalan memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan mengikut peruntukan seksyen 8, akta hakmilik strata 1985.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang panduan tindakan pendakwaan bagi kes-kes kegagalan memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan mengikut peruntukan Seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 2/2004

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 24 Disember 2004
  • Tajuk Pekeliling: Panduan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pengarah-pengarah Tanah dan Galian tentang penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri mengikut di negeri-negeri mengikut peruntukan di bawah Bahagian IXA, Akta Hakmilik Strata 1985.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2004

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 30 Ogos 2004
  • Tajuk Pekeliling: Panduan permohonan pecah bahagian bangunan satu tingkat untuk pengeluaran hakmilik strata di dalam satu skim jika terdapat bangunan dua tingkat atau lebih yang dipecah bahagi mengikut peruntukan seksyen 6, akta hakmilik strata 1985.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang kekeliruan tafsiran Seksyen 6, Akta Hakmilik Strata 1985 berkenaan status bangunan satu tingkat bagi tujuan pecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hakmilik strata di dalam satu skim jika terdapatnya bangunan atau bangunan-bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di atas tanah.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2003

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 01 Januari 2003
  • Tajuk Pekeliling: Garis panduan permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Semenangjung Malaysia.
  • Tujuan Pekeliling:

    Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan mengenai tatacara memohon pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.

location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 2450

Minggu Ini 5774

Bulan Ini 42169

Keseluruhan 10063031

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini