Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Pemakaian pekeliling tersebut berkuat kuasa mulai 12 Januari 2012
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai penyeragaman prosedur permohonan semakan buku daftar strata bagi tujuan mengemaskini daftarai strata untuk mesyuarat agung perbadanan pengurusan.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan (State land) secara pemberimilikan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbiran Tanah tentang kaedah yang perlu diikuti sekiranya tanah milik Persekutuan atau tanah Rizab Persekutuan dikehendaki bagi maksud Negeri.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perolehan tanah oleh perkongsian liabiliti terhad dan urusniaga yang berkaitan dengannya.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik mengenai permohonan pelanjutan tempoh pegangan bagi hakmilik berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim serta hakmilik sementara yang bersamaan dengannya yang dikeluarkan bagi pegangan bertempoh.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian (substitued service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian.
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pembatalan Kawasan Penempatan Berkelompok Di Bawah Seksyen 44(1), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini dikeluarkan di bawah kuasa-kuasa Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan takrifan 'kampong' yang dinyatakan di dalam syarat nyata hakmilik tanah yang tiada kategori penggunaan tanah serta berlaku sebelum Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) dikuatkuasakan.