header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Archive

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2012

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 12 Januari 2012
  • Tajuk Pekeliling: Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Pemakaian pekeliling tersebut berkuat kuasa mulai 12 Januari 2012

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2012

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 23 April 2012
  • Tajuk Pekeliling: Penyeragaman Prosedur Permohonan Semakan Buku Daftar Strata Bagi Tujuan Mengemaskini Daftarai Strata Untuk Mesyuarat Agung Perbadanan Pengurusan
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai penyeragaman prosedur permohonan semakan buku daftar strata bagi tujuan mengemaskini daftarai strata untuk mesyuarat agung perbadanan pengurusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 20 Disember 2013
  • Tajuk Pekeliling: Panduan Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan (State land) secara pemberimilikan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 2/2015

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 01 Ogos 2015
  • Tajuk Pekeliling: Kaedah Penyerahan Balik Tanah Milik Persekutuan atau Pelepasan Tanah Rizab Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi maksud Negeri
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbiran Tanah tentang kaedah yang perlu diikuti sekiranya tanah milik Persekutuan atau tanah Rizab Persekutuan dikehendaki bagi maksud Negeri.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2016

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 29 Jun 2016
  • Tajuk Pekeliling: Perolehan Tanah Oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Dan Urusniaga Yang Berkaitan Dengannya
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perolehan tanah oleh perkongsian liabiliti terhad dan urusniaga yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2017

  • Tarikh Pekeliling: Ahad, 01 Januari 2017
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Permohonan Pelanjutan Tempoh Pajakan Hakmilik Berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik mengenai permohonan pelanjutan tempoh pegangan bagi hakmilik berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim serta hakmilik sementara yang bersamaan dengannya yang dikeluarkan bagi pegangan bertempoh.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2017

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 24 Februari 2017
  • Tajuk Pekeliling: Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015

  • Tarikh Pekeliling: Ahad, 01 Mac 2015
  • Tajuk Pekeliling: Panduan Berhubung Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Dan Tindakan Di Bawah Seksyen 381 Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:
    1. Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam suratcara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri, seperti dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. Pekeliling ini juga bertujuan untuk menjelaskan tindakan yang boleh dibuat mengikut seksyen 381 Kanun Tanah Negara.
    2. Seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara memperuntukkan tentang pembetulan kesilapan yang terdapat dalam dokumen hakmilik atau dalam suratcara urusan dan seksyen 381(1) Kanun Tanah Negara pula mengenai pemotongan syarat dan sekatan kepentingan yang tidak dipakai lagi dan pembatalan ingatan atau catatan yang tidak berkuat kuasa lagi yang terdapat dalam dokumen hakmilik dan suratcara lain berkaitan tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/2009

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 06 April 2017
  • Tajuk Pekeliling: Penyampaian Ganti (Substituted Service) Notis Yang Dikeluarkan Oleh Pemegang Gadaian (Disemak 2017)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian (substitued service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian. 

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2017

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 20 November 2017
  • Tajuk Pekeliling: Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.
  • Tujuan Pekeliling:

    Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2017

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 20 November 2017
  • Tajuk Pekeliling: Pembatalan Kawasan Penempatan Berkelompok Di Bawah Seksyen 44(1), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
  • Tujuan Pekeliling:

    Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pembatalan Kawasan Penempatan Berkelompok Di Bawah Seksyen 44(1), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/2017

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 20 November 2017
  • Tajuk Pekeliling: Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.
  • Tujuan Pekeliling:

    Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2018

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 19 November 2018
  • Tajuk Pekeliling: Penjelasan Takrifan ‘Kampong’ Dalam Syarat Nyata Bagi Hakmilik Tanah Yang Dikeluarkan Sebelum Kanun Tanah Negara 1965
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan di bawah kuasa-kuasa Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan takrifan 'kampong' yang dinyatakan di dalam syarat nyata hakmilik tanah yang tiada kategori penggunaan tanah serta berlaku sebelum Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) dikuatkuasakan.

location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 1194

Minggu Ini 10695

Bulan Ini 1194

Keseluruhan 10225861

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini