header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Archive

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Files

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2015

  • Date of Circular: Saturday, 30 April 2016
  • Title of Circular: Garis Panduan Prosedur Perolehan Tanah Bagi Tujuan Persekutuan Di Negeri Sabah Melalui Kaedah Pengambilan Balik Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bagi tujuan:-

    i. sebagai garis panduan kepada semua Kementerian dan Jabatan Pengguna (KJP) Persekutuan mengenai prosedur permohonan pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah Bab 69 di Sabah;

    ii. memastikan pembangunan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang optimum selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Sabah; dan

    iii. membantu dalam pemantauan dan tindakan susulan daripada JKPTG dan KJP sehingga hak milik didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2014

  • Date of Circular: Wednesday, 16 July 2014
  • Title of Circular: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :

    1. Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
    2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
    3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
    4. Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Date of Circular: Thursday, 01 July 2010
  • Title of Circular: Penggunaan draf perjanjian seragam pembelian tanah atau bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010

  • Date of Circular: Tuesday, 01 June 2010
  • Title of Circular: Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah Kerajaan di Sarawak, senarai semak dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk :

    1. Menerangkan peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah; dan
    2. Tatacara semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh kementerian dan jabatan persekutuan di negeri sarawak.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2008

  • Date of Circular: Tuesday, 03 February 2009
  • Title of Circular: Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah kerajaan di Sabah, kadar bayaran permohonan dan senarai semak yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk :

    1. Menerangkan peranan Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah,
    2. Memaklumkan bayaran permohonan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan; dan
    3. Meminta KJP mengemukakan senarai semak seperti di lampiran semasa mengemukakan permohonan tanah kepada PTP untuk dipanjangkan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2008

  • Date of Circular: Tuesday, 01 July 2008
  • Title of Circular: Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2007

  • Date of Circular: Wednesday, 24 October 2007
  • Title of Circular: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG negeri bagi permohonan tanah (untuk mendapatkan hakmilik/rizab) untuk kegunaan kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan pengguna (KJP) dan fee Permohonan Tanah.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk:

    1. Memudahkan KJP memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah tanah Kerajaan Negeri (State Land) sahaja;
    2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu KJP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan; dan
    3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini. 

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2003

  • Date of Circular: Wednesday, 01 January 2003
  • Title of Circular: Garis panduan permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Semenangjung Malaysia.
  • Purpose of Circular:

    Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan mengenai tatacara memohon pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 512

This Week 10844

This Month 67111

Total 9190340

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here