Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan bagi tujuan:-
i. sebagai garis panduan kepada semua Kementerian dan Jabatan Pengguna (KJP) Persekutuan mengenai prosedur permohonan pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah Bab 69 di Sabah;
ii. memastikan pembangunan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang optimum selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Sabah; dan
iii. membantu dalam pemantauan dan tindakan susulan daripada JKPTG dan KJP sehingga hak milik didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
Pekeliling ini bertujuan untuk :
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Pekeliling ini bertujuan untuk :
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk:
Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan mengenai tatacara memohon pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.