header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Items tagged with PEKELILING Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penerimaan Pelan Pra-Pengiraan (Pre-Computation Plan)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pihak yang dibenarkan menyedia pelan pra-pengiraan (pre-computation plan) bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan pembangunan tanah iaitu permohonan pecah sempadan tanah (seksyen 137 Kanun Tanah Negara (KTN)), tukar syarat dan pecah sempadan serentak (seksyen 124A KTN), dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula (seksyen 204D KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 20/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Menyerah Hak Oleh Pemegang Tanah Pegangan Desa (Rural Holding) Atau Bandar (Urban Holding) (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah dan Pengurus-pengurus bagi rancangan tanah yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai penyenggaraan rekod-rekod penyerahan hak yang dibuat di bawah seksyen 24 dan 29 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 21/1977

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kad Kuasa bagi Pegawai Atau Seseorang Yang Diberi Kuasa Untuk Membuat Tangkapan Atau Rampasan (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kehendak-kehendak seksyen 426A Kanun Tanah Negara supaya kad kuasa ditunjukkan oleh Pendaftar, Pentadbir Tanah atau Penolong Pegawai Tanah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa apabila mereka membuat tangkapan atau merampas kereta, traktor atau alat-alat pertanian berkaitan dengan kesalahan pendudukan secara haram di tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah lombong atau berkaitan dengan pengeluaran atau pemindahan bahan batuan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 22/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Duti Setem Yang Dikenakan Kepada Sesuatu Gadaian Untuk Menjamin Suratcara Sekuriti Tanpa Had (Unlimited Securities) (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai duti setem tambahan yang dikenakan ke atas sesuatu gadaian menjamin bayaran wang pendahuluan dalam kira-kira terbuka dalam keadaan-keadaan seperti yang dimaksudkan oleh subseksyen 246(2) Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 24/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Menahan Dua Puluh Lima Peratus (25%) Daripada Wang Pampasan Yang Patut Dibayar Kepada Orang Yang Berkepentingan Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah 1960 berhubung dengan menahan dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah wang pampasan yang ditetapkan di dalam tiap-tiap kes di mana jumlah bagi sesuatu tanah itu melebihi RM15,000.00 (Ringgit Lima Belas Ribu).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 29/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Lawatan Pegawai-pegawai Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Ke Pejabat Tanah (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dari semasa ke semasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan menghantar beberapa orang pegawai untuk melawat Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah untuk menjalankan kerja dengan tujuan membantu dalam usaha memperkemaskan lagi pentadbiran tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan Serentak Bagi Pecah Sempadan Tanah Dan Pengubahan Syarat Bagi Petak-petak Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan yang serentak bagi pecah sempadan tanah dan pengubahan syarat bagi petak-petak tanah di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1986

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Peruntukan-peruntukan Baru Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbiran Tanah Daerah kepada Akta A575, iaitu suatu Akta yang meminda Akta

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1994

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kedudukan Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Desa Yang Dipegang Di Bawah Hakmilik Pejabat Pendaftaran Dan Yang Tertakluk Kepada Syarat Dalam Seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara Apabila Tanah Itu Menjadi Tanah Pekan atau Tanah Bandar.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kedudukan syarat kegunaan bagi tanah desa yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan yang tertakluk kepada syarat dalam seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara (KTN) apabila tanah itu menjadi tanah pekan atau tanah bandar.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2002

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Garis Panduan Pelaksanaan Keputusan Majlis Tanah Negara Yang Ke-55 Berhubung Dengan Sekolah Bantuan Modal
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan pelaksanaan keputusan Majlis Tanah Negara yang ke-55 pada 26 Oktober 1999 mengenai Sekolah Bantuan Modal.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Tatacara Berhubung Dengan Tanah Berimilik Yang Dihakis Oleh Laut atau Sungai
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir Tanah kepada seksyen 49 Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bahawa sebahagian daripada sesuatu kawasan tanah berimilik akan menjadi tanah Kerajaan dan terkeluar daripada hakmilik tuanpunya jika tanah itu menjadi dasar laut ataupun sebahagian daripada sungai.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pentakrifan Semula Bahan Batuan (Rock Material) Dan Kutipan Hasilnya
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan memaklum dan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pentakrifan semula bahan batuan (rock material) dalam Kanun Tanah Negara (KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 30/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Siasatan Ke Atas Permohonan Pemegang Gadaian Untuk Perintah Jualan Bagi Hakmilik-hakmilik Pejabat Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara-cara menguruskan siasatan ke atas permohonan pemegang gadaian supaya tanah (dimaksudkan tanah berimilik, bahagian yang tidak dipecahkan dalam tanah berimilik, pajakan atau pajakan kecil dan petak dalam bangunan yang dipecah bahagi) terlibat dijual menurut peruntukan-peruntukan seksyen 260 hingga seksyen 262 Kanun Tanah Negara diuruskan.

Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 687

This Week 11250

This Month 56995

Total 11400038

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here