header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Items tagged with PEKELILING Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan-permohonan di Bawah Penggal III Kanun Tanah Negara 1965 Oleh Pemegang Surat Kuasa Wakil (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan-permohonan yang dikemukakan oleh pemegang surat kuasa wakil bagi pengubahan syarat, pecah sempadan tanah, pecah bahagian, penyatuan tanah, penyerahan tanah, penyerahan dan pemberimilikan semula, pecah bahagian bangunan dan lain-lain jenis permohonan di bawah Penggal III sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian Sembilan (A) Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kuasa Memulakan Pendakwaan Mengikut Seksyen 429A Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 23/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: ‘Tarikh Penyempurnaan Sesuatu Suratcara’ Untuk Tujuan Pungutan Bayaran Pendaftaran Lewat
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai penentuan tarikh penyempurnaan bagi suratcara-suratcara urusan untuk tujuan pungutan bayaran pendaftaran lewat.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kesilapan Penetapan Syarat-syarat Kelulusan Di Bawah Bahagian Sembilan Kanun Tanah Negara 1965 Berkenaan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 12/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengeluaran Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration) Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Bagi Hakmilik dan Daftar Pegangan Di Bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang pentadbir harta pusaka (administrator) bagi hakmilik atau daftar pegangan melibatkan tanah-tanah si mati, di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Langkah ini adalah merupakan usaha untuk memperkemaskan lagi urusan pentadbiran harta pusaka kecil melibatkan hakmilik tanah-tanah si mati di bawah Akta berkenaan, khususnya yang melibatkan peneroka-peneroka FELDA yang telah meninggal dunia di mana perintah penurunan milik langsung kepada waris tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2002

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam surat cara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri atau dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 33/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Memindahkan Rekod Pejabat Pendaftar Dan Pejabat Tanah Ke Arkib Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 35/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembahagian Tugas-tugas Dalam Urusan Pengambilan Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi garis panduan mengenai pembahagian tugas-tugas dan keseragaman polisi dalam urusan pengambilan tanah bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan yang perlu dipatuhi oleh setiap JKPTG Negeri dan Pentadbir Tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 36/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 1987
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri supaya mengambil tindakan selanjutnya berhubung dengan Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 1987.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 38/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 41/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengurusan Cek Bayaran Pampasan Pengambilan Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 42/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Garis Panduan Pemakaian Seksyen 14, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002 Bagi Menguruskan Permohonan Untuk Memasukkan Pemegang Bersama (Co-holder) Di Atas Pegangan Desa (Rural Holding)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan permohonan bagi melaksanakan subseksyen 14(2) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Menukar Nama Tuanpunya Tanah Sebelum Mendaftarkan Suratcara Urusan (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kepentingan mengambil tindakan di bawah seksyen 378 Kanun Tanah Negara sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1999

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kaedah Dan Pendekatan Pelupusan Tanah Kepada Orang Asli (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kaedah dan pendekatan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli bagi kawasan dan rizab Orang Asli.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kuasa-kuasa Untuk Membetulkan Kesilapan, Memansuhkan Syarat Nyata Atau Sekatan Kepentingan Dan Membatalkan Ingatan Atau Catatan (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah dalam menggunakan kuasa-kuasa mereka di bawah subseksyen-subseksyen 380(1) dan 381(1) Kanun Tanah Negara

Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 1595

This Week 8328

This Month 58869

Total 9714280

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here