header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Items tagged with PEKELILING Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/2009

  • Date of Circular: Thursday, 06 April 2017
  • Title of Circular: Penyampaian Ganti (Substituted Service) Notis Yang Dikeluarkan Oleh Pemegang Gadaian (Disemak 2017)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian (substitued service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian. 

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 2/2015

  • Date of Circular: Saturday, 01 August 2015
  • Title of Circular: Kaedah Penyerahan Balik Tanah Milik Persekutuan atau Pelepasan Tanah Rizab Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi maksud Negeri
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbiran Tanah tentang kaedah yang perlu diikuti sekiranya tanah milik Persekutuan atau tanah Rizab Persekutuan dikehendaki bagi maksud Negeri.

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015

  • Date of Circular: Sunday, 01 March 2015
  • Title of Circular: Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")
  • Purpose of Circular:

    Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2014

  • Date of Circular: Wednesday, 16 July 2014
  • Title of Circular: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :

    1. Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
    2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
    3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
    4. Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013

  • Date of Circular: Friday, 20 December 2013
  • Title of Circular: Panduan Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan (State land) secara pemberimilikan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013

  • Date of Circular: Thursday, 19 December 2013
  • Title of Circular: Pelaksanaan Secured Land Management System (SELAMAT) di Pentadbiran Tanah
  • Purpose of Circular:

    Arahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2013

  • Date of Circular: Wednesday, 06 March 2013
  • Title of Circular: Penyeragaman format kepada surat bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2012

  • Date of Circular: Monday, 23 April 2012
  • Title of Circular: Penyeragaman Prosedur Permohonan Semakan Buku Daftar Strata Bagi Tujuan Mengemaskini Daftarai Strata Untuk Mesyuarat Agung Perbadanan Pengurusan
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai penyeragaman prosedur permohonan semakan buku daftar strata bagi tujuan mengemaskini daftarai strata untuk mesyuarat agung perbadanan pengurusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2012

  • Date of Circular: Thursday, 12 January 2012
  • Title of Circular: Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Pemakaian pekeliling tersebut berkuat kuasa mulai 12 Januari 2012

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2011

  • Date of Circular: Friday, 01 April 2011
  • Title of Circular: Kaedah pelaksanaan Dasar Pemberian Tempoh Peganggan Baru tidak melebihi 99 tahun bagi tanah-tanah milik berstatuskan Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir Tanah berhubung dengan kaedah pelaksaan dasar pemberian tempoh pengangan baru tidak melebihi 99 tahun bagi tanah-tanah milik berstatuskan pajakan negeri dan pajakan mukim.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 1/2011

  • Date of Circular: Saturday, 01 January 2011
  • Title of Circular: Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian sehingga 1 Januari 2011
  • Purpose of Circular:

    Menghimpunkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian

    Sebagaimana sedia maklum, pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan tanah. Di samping itu, Jabatan ini juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah yang lain seperti Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1956 dan Akta Bekalan Elektrik, 1990.

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2010

  • Date of Circular: Wednesday, 08 December 2010
  • Title of Circular: ‘Maklumat yang perlu dikemukakan kepada jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (jpph) semasa memohon anggaran kos pengambilan balik tanah’
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai maklumat yang perlu dibekalkan kepada JPPH Sarawak bagi tujuan untuk mendapatkan anggaran kos pengambilan balik tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Date of Circular: Monday, 05 July 2010
  • Title of Circular: Garis panduan penetapan lebar Rizab Sungai yang seragam bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan tindakan perizaban sungai oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan menyeragamkan lebar rizab sungai di negeri-negeri bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Date of Circular: Thursday, 01 July 2010
  • Title of Circular: Penggunaan draf perjanjian seragam pembelian tanah atau bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 2404

This Week 12197

This Month 52075

Total 9246357

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here