Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pindahmilik tanah pertanian kepada pemegang amanah (trustee), wasi (executor) atau pentadbir (administrator) yang melebihi seorang.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tatacara permohonan pecah bahagian tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya untuk maksud “pertanian” yang berkeluasan 2/5 hektar (1/5 hektar bagi negeri Kelantan) atau kurang berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (KTN) (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Permohonan di bawah seksyen ini adalah merupakan satu alternatif tambahan yang boleh dipilih oleh tuan punya tanah apabila ingin memajukan tanah mereka terutamanya untuk projek perumahan. Alternatif-alternatif lain yang sedia ada ialah permohonan pecah sempadan; pengubahan syarat dan pecah sempadan; penyatuan dan pecah sempadan; pengubahan syarat, penyatuan dan pecah sempadan; dan permohonan serentak bagi pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah. Pemilihan alternatif ini adalah terpulang kepada tuan punya tanah dan ia dijelaskan dalam seksyen 204A.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pembatalan catatan persetujuan pemegang gadaian yang diendors di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) akibat daripada urusan serah balik dan berimilik semula yang tidak diteruskan atau dibatalkan, selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kuasa-kuasa untuk menolak atau menahan kemasukan kaveat pemegang lien.
Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan permohonan bagi melaksanakan subseksyen 14(2) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kaedah dan pendekatan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli bagi kawasan dan rizab Orang Asli.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tanggungjawab terhadap keselamatan dan jagaan hakmilik di dalam simpanan mereka.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir Tanah mengenai kewajipan tuan punya tanah untuk menyerahkan mana-mana umpukan tanah miliknya sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang atau pihak berkuasa berkenaan untuk digunakan bagi maksud awam berikutan kelulusan permohonan pecah sempadan (seksyen 135 Kanun Tanah Negara (KTN)) atau permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat (seksyen 124A KTN). Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 136(1)(ca) KTN di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.