Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan berhubung dengan permohonan pinjaman peribadi bagi mengelak keterhutangan kewangan yang serius di kalangan warga JKPTG.
Arahan ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua warga JKPTG berhubung garis panduan yang perlu dipatuhi selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013 dan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 dalam usaha mengurangkan teguran Audit terhadap pengurusan Kenderaan Jabatan di JKPTG.
Arahan ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua warga Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) berhubung langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha mengawal dan menguruss kewangan secara berdisiplin dan berhemah.
Pekeliling ini dikeluarkan bagi tujuan:-
i. sebagai garis panduan kepada semua Kementerian dan Jabatan Pengguna (KJP) Persekutuan mengenai prosedur permohonan pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah Bab 69 di Sabah;
ii. memastikan pembangunan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang optimum selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Sabah; dan
iii. membantu dalam pemantauan dan tindakan susulan daripada JKPTG dan KJP sehingga hak milik didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memberikan panduan kepada Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung tatacara penukaran hakmilik tanah daripada hakmilik sementara (qualified title) kepada hakmilik tetap (final title).
Arahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai maklumat yang perlu dibekalkan kepada JPPH Sarawak bagi tujuan untuk mendapatkan anggaran kos pengambilan balik tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik perjanjian seragam di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 dan 2/2008 dan seterusnya menggantikan dengan perjanjian seragam yang baru.
Pekeliling ini bertujuan untuk :
Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan borang pengesahan status tanah yang sedia ada didalam Pekeliling di atas kepada borang baru.
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan