Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi garis panduan mengenai pembahagian tugas-tugas dan keseragaman polisi dalam urusan pengambilan tanah bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan yang perlu dipatuhi oleh setiap JKPTG Negeri dan Pentadbir Tanah.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri supaya mengambil tindakan selanjutnya berhubung dengan Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 1987.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan permohonan bagi melaksanakan subseksyen 14(2) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002.
Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kepentingan mengambil tindakan di bawah seksyen 378 Kanun Tanah Negara sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kaedah dan pendekatan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli bagi kawasan dan rizab Orang Asli.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah dalam menggunakan kuasa-kuasa mereka di bawah subseksyen-subseksyen 380(1) dan 381(1) Kanun Tanah Negara
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tanggungjawab terhadap keselamatan dan jagaan hakmilik di dalam simpanan mereka.
Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai jenis harta takalih yang boleh dijadikan sebahagian daripada Pusaka Kecil yang dimaksudkan oleh ‘ Small Estates ( Distribution) Act, 1955 ( now Act 98) ‘ dan cara-cara yang perlu diikuti apabila membuat perintah membahagikan pusaka.
Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk dijadikan panduan kepada Pentadbir Tanah Daerah dan pegawai-pegawai Unit Hasil mengenai pengurusan hasil tanah di bawah Sistem Pentadbiran Hasil Tanah Berkomputer yang sedang dilaksanakan di Pejabat-pejabat Tanah seluruh Semenanjung.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir Tanah mengenai kewajipan tuan punya tanah untuk menyerahkan mana-mana umpukan tanah miliknya sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang atau pihak berkuasa berkenaan untuk digunakan bagi maksud awam berikutan kelulusan permohonan pecah sempadan (seksyen 135 Kanun Tanah Negara (KTN)) atau permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat (seksyen 124A KTN). Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 136(1)(ca) KTN di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan tindakan perizaban sungai oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan menyeragamkan lebar rizab sungai di negeri-negeri bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan.
Menghimpunkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Sebagaimana sedia maklum, pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan tanah. Di samping itu, Jabatan ini juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah yang lain seperti Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1956 dan Akta Bekalan Elektrik, 1990.