Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai tempoh masa KJP boleh memegang dan mengawal sesuatu tanah milik Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.
Garis Panduan ini bertujuan untuk menyediakan format laporan tanah yang seragam mengikut urusan permohonan di bawah perundangan berkaitan tanah dan penggunaannya di semua pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia. Dengan adanya format laporan tanah yang berkualiti dan seragam ini, insiden kekurangan atau ketidaktepatan maklumat boleh dielakkan. Ini seterusnya dapat memberikan maklumat yang betul kepada pihak-pihak berkuasa di pentadbiran tanah agar pertimbangan dan keputusan yang tepat dan terbaik boleh dibuat.
Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara [Akta 828] bagi menyelaraskan dan menyeragamkan urusan pentadbiran tanah negara. Penerbitan buku kompilasi ini menyediakan medium rujukan berpusat kepada para pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran tanah. Memandangkan inisiatif pembukuan kompilasi ini kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2019, penerbitan naskhah terbaharu ini bertepatan pada masanya bagi merangkumkan pekeliling-pekeliling yang telah dikeluarkan dari tahun 2020 hingga 2025 secara teratur dan sistematik.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pentadbir Tanah tentang pelaksanaan Penarafan Bintang di pentadbiran Tanah.
Garis panduan ini adalah garis panduan terbuka kepada orang ramai.
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan berhubung dengan permohonan pinjaman peribadi bagi mengelak keterhutangan kewangan yang serius di kalangan warga JKPTG.
Arahan ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua warga JKPTG berhubung garis panduan yang perlu dipatuhi selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013 dan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 dalam usaha mengurangkan teguran Audit terhadap pengurusan Kenderaan Jabatan di JKPTG.