Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara perizaban dan pewartaan tanah rizab Kerajaan bagi maksud awam yang dibangunkan pelbagai infrastruktur berlapis di atas tanah berkenaan.
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pentadbiran tanah negeri dan Wilayah Persekutuan mengenai penambahbaikkan tatacara perizaban tanah Kerajaan untuk maksud awam di bawah seksyen 62 Akta 828.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah kategori bangunan dan industri bagi tujuan selain kategori atau syarat bangunan dan industri.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara penamatan sebahagian atau keseluruhan kawasan penempatan berkelompok selaras dengan subseksyen 44(1) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] bagi rancangan tanah yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA).
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara pengambilan tanah di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan perizaban mana-mana tanah kawasan penempatan berkelompok bagi tujuan kegunaan awarn bagi maksud Kerajaan Persekutuan selaras dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung tindakan pendaftaran dokumen hak milik muktamad bagi tanah pegangan luar bandar dalam kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Garis Panduan ini bertujuan untuk menyediakan format laporan tanah yang seragam mengikut urusan permohonan di bawah perundangan berkaitan tanah dan penggunaannya di semua pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia. Dengan adanya format laporan tanah yang berkualiti dan seragam ini, insiden kekurangan atau ketidaktepatan maklumat boleh dielakkan. Ini seterusnya dapat memberikan maklumat yang betul kepada pihak-pihak berkuasa di pentadbiran tanah agar pertimbangan dan keputusan yang tepat dan terbaik boleh dibuat.
Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk menasihati Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai prosedur membatalkan pelucuthakan tanah berimilik selaras dengan seksyen 133 Kanun Tanah Negara [Akta 828] akibat perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau seksyen 129 Akta 828.
Pekeliling ini bertujuan Cadangan Pemantauan Terhadap Pemindahan Saham Sesebuah Syarikat Melayu Yang Memiliki Atau Memegang Kepentingan Ke Atas Tanah Rizab Melayu Atau Pegangan Melayu Kepada Pemilik Bukan Melayu Serta Tindakan Susulan Oleh Pendaftar Atau Pentadbir Tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai keperluan mewujudkan satu senarai pemberitahuan dalam warta berkaitan tanah dalam sesebuah daerah.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan duti setem bagi tanah atau bahagian-bahagian tanah yang terlibat dengan pindah milik yabg disebabkan oleh pertukaran (exchange).
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung perkara - perkara yang perlu diambil perhatian dalam penyediaan jalan keluar masuk bagi permohonan pecah sempadan atau pecah bahagian tanah selaras dengan subseksyen 136(1)(h) Kanun Tanah Negara [Akta 828]
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan untuk menyenggara indeks lot-lot di Pejabat Tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk menjamin mutu dan ketepatan pelan bagi hak milik sementara akibat permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan.