header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 01 Mac 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penggunaan borang pengesahan status tanah yang baru dan lapuran tanah oleh JKPTG Negeri bagi menggantikan borang pengesahan status tanah oleh JKPTG Negeri di dalam pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2007 (PPTP 1/2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan borang pengesahan status tanah yang sedia ada didalam Pekeliling di atas kepada borang baru.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1988

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pengurusan Pungutan Hasil Tanah Di Bawah Sistem Pentadbiran Hasil Tanah Berkomputer
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk dijadikan panduan kepada Pentadbir Tanah Daerah dan pegawai-pegawai Unit Hasil mengenai pengurusan hasil tanah di bawah Sistem Pentadbiran Hasil Tanah Berkomputer yang sedang dilaksanakan di Pejabat-pejabat Tanah seluruh Semenanjung.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 18/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Jenis Harta Takalih Yang Boleh Dijadikan Sebahagian Daripada Pusaka Kecil
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai jenis harta takalih yang boleh dijadikan sebahagian daripada Pusaka Kecil yang dimaksudkan oleh ‘ Small Estates ( Distribution) Act, 1955 ( now Act 98) ‘ dan cara-cara yang perlu diikuti apabila membuat perintah membahagikan pusaka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1977

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kehilangan Atau Kerosakan Dokumen Hak milik Keluaran Semasa Dalam Simpanan Pegawai Awam (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tanggungjawab terhadap keselamatan dan jagaan hakmilik di dalam simpanan mereka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1973

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pelantikan Pegawai Untuk Mengawal Tanah Rizab Persekutuan (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung dengan lantikan pegawai di bawah perenggan 62(2)(c) Kanun Tanah Negara 1956 sebagai Pegawai Pengawal bagi Tanah Rizab Persekutuan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1972

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Menetapkan Tugas-tugas Pegawai Tanah Sebagai Pegawai Pendaftar (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah dalam memberi tugas kepada seorang Pegawai Petempatan untuk menjalankan kuasa-kuasa Pendaftar surat-surat hakmilik (documents of title) dan suratcara-suratcara urusniaga (instruments of dealing).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kuasa-kuasa Untuk Membetulkan Kesilapan, Memansuhkan Syarat Nyata Atau Sekatan Kepentingan Dan Membatalkan Ingatan Atau Catatan (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah dalam menggunakan kuasa-kuasa mereka di bawah subseksyen-subseksyen 380(1) dan 381(1) Kanun Tanah Negara

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1999

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kaedah Dan Pendekatan Pelupusan Tanah Kepada Orang Asli (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kaedah dan pendekatan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli bagi kawasan dan rizab Orang Asli.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Menukar Nama Tuanpunya Tanah Sebelum Mendaftarkan Suratcara Urusan (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kepentingan mengambil tindakan di bawah seksyen 378 Kanun Tanah Negara sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1974

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Bayaran Pejabat Untuk Surat Akuan Sumpah (Ikrar) (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah tentang cara bagi mengenakan bayaran pejabat untuk Surat Akuan Sumpah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 42/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Pemakaian Seksyen 14, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002 Bagi Menguruskan Permohonan Untuk Memasukkan Pemegang Bersama (Co-holder) Di Atas Pegangan Desa (Rural Holding)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan permohonan bagi melaksanakan subseksyen 14(2) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 41/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pengurusan Cek Bayaran Pampasan Pengambilan Tanah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1969

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Keselamatan Dokumen-dokumen Di Pejabat-pejabat Tanah Dan Galian Dan Pejabat-pejabat Tanah (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah adalah dengan ini diminta mengambil ingatan terhadap tanggungjawab mereka atas keselamatan dan cara menyimpan yang sempurna mengenai semua suratan di semua Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah, iaitu dokumen hakmilik, surat cara-surat cara urusan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 38/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 36/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 1987
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri supaya mengambil tindakan selanjutnya berhubung dengan Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 1987.

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue