Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran perintah perletakhakan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 50 Akta Bank dan lnstitusi-institusi Kewangan 1989 (Akta 372) menurut seksyen 420 Kanun Tanah Negara (KTN).
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara mengira keluasan tanah dalam pertukaran ke unit metrik dan penyemakan cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mana-mana pemegang lesen di bawah seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447) kerana memasang talian elektrik voltan tinggi dan rendah di atas atau bawah tanah yang melibatkan aspek berikut:–
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat semua Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah berhubung dengan urusan pengukuran tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor).
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pihak yang dibenarkan menyedia pelan pra-pengiraan (pre-computation plan) bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan pembangunan tanah iaitu permohonan pecah sempadan tanah (seksyen 137 Kanun Tanah Negara (KTN)), tukar syarat dan pecah sempadan serentak (seksyen 124A KTN), dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula (seksyen 204D KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah dan Pengurus-pengurus bagi rancangan tanah yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai penyenggaraan rekod-rekod penyerahan hak yang dibuat di bawah seksyen 24 dan 29 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kehendak-kehendak seksyen 426A Kanun Tanah Negara supaya kad kuasa ditunjukkan oleh Pendaftar, Pentadbir Tanah atau Penolong Pegawai Tanah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa apabila mereka membuat tangkapan atau merampas kereta, traktor atau alat-alat pertanian berkaitan dengan kesalahan pendudukan secara haram di tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah lombong atau berkaitan dengan pengeluaran atau pemindahan bahan batuan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai duti setem tambahan yang dikenakan ke atas sesuatu gadaian menjamin bayaran wang pendahuluan dalam kira-kira terbuka dalam keadaan-keadaan seperti yang dimaksudkan oleh subseksyen 246(2) Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah 1960 berhubung dengan menahan dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah wang pampasan yang ditetapkan di dalam tiap-tiap kes di mana jumlah bagi sesuatu tanah itu melebihi RM15,000.00 (Ringgit Lima Belas Ribu).
Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)
Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bila mengambil milik tanah (taking possession of land) menurut seksyen 18, Akta Pengambilan Tanah 1960 (selepas ini disebut sebagai “APT”) boleh dibuat dan cara melaksanakannya. Pengeluaran Borang K disebut dalam APT sebagai mengambil milik/taking possession (seksyen 18) dan penyampaian Borang K kepada penduduk/penampalan Borang K di atas tanah dipanggil sebagai mengambil milik secara rasmi/taking formal possession (subseksyen 22(1)).
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).
Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dari semasa ke semasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan menghantar beberapa orang pegawai untuk melawat Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah untuk menjalankan kerja dengan tujuan membantu dalam usaha memperkemaskan lagi pentadbiran tanah.
Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan yang serentak bagi pecah sempadan tanah dan pengubahan syarat bagi petak-petak tanah di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbiran Tanah Daerah kepada Akta A575, iaitu suatu Akta yang meminda Akta