header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Keputusan Carian:

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1 Tahun 2019 - Pelaksanaan Penarafan Bintang Di Pentadbiran Tanah

Tarikh Pekeliling Selasa, 15 Oktober 2019 Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1 Tahun 2019 - Pelaksanaan Penarafan Bintang Di Pentadbiran Tanah

Tujuan Pekeliling

Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pentadbir Tanah tentang pelaksanaan Penarafan Bintang di pentadbiran Tanah.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 2/2009

Tarikh Pekeliling Selasa, 01 September 2009 Garis panduan pengurusan perintah jualan tanah atau pajakan oleh pentadbir tanah atas permintaan pemegang gadaian.

Tujuan Pekeliling

Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada Pentadbirpentadbir Tanah bagi menguruskan permohonan pemegang gadaian untuk mendapatkan perintah jualan tanah atau pajakan secara lelongan awam mengikut seksyen 260 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) apabila berlaku kemungkiran (default) perjanjian gadaian oleh penggadai.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2009

Tarikh Pekeliling Khamis, 01 Januari 2009 Panduan pelaksanaan penilaian ke atas kepuasan Pelanggan di pentadbiran tanah negeri

Tujuan Pekeliling

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah- Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir–Pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan melalui kaji selidik yang seragam dan peranan mereka untuk melaksanakan penilaian kepuasan pelanggan itu. Panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2008

Tarikh Pekeliling Isnin, 11 Ogos 2008 Panduan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik Strata.

Tujuan Pekeliling

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik strata serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 3/2004

Tarikh Pekeliling Jumaat, 01 April 2005 Panduan tindakan penguatkuasaan bagi kes-kes kegagalan memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan mengikut peruntukan seksyen 8, akta hakmilik strata 1985.

Tujuan Pekeliling

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang panduan tindakan pendakwaan bagi kes-kes kegagalan memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan mengikut peruntukan Seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 2/2004

Tarikh Pekeliling Jumaat, 24 Disember 2004 Panduan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri.

Tujuan Pekeliling

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pengarah-pengarah Tanah dan Galian tentang penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri mengikut di negeri-negeri mengikut peruntukan di bawah Bahagian IXA, Akta Hakmilik Strata 1985.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2004

Tarikh Pekeliling Isnin, 30 Ogos 2004 Panduan permohonan pecah bahagian bangunan satu tingkat untuk pengeluaran hakmilik strata di dalam satu skim jika terdapat bangunan dua tingkat atau lebih yang dipecah bahagi mengikut peruntukan seksyen 6, akta hakmilik strata 1985.

Tujuan Pekeliling

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang kekeliruan tafsiran Seksyen 6, Akta Hakmilik Strata 1985 berkenaan status bangunan satu tingkat bagi tujuan pecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hakmilik strata di dalam satu skim jika terdapatnya bangunan atau bangunan-bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di atas tanah.

Total items found: 7
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1590

Minggu Ini 11922

Bulan Ini 68189

Keseluruhan 9191418

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini