Sekiranya pihak berkepentingan enggan menerima pampasan tersebut, maka pampasan tersebut perlu didepositkan ke Mahkamah Tinggi selaras peruntukan seksyen 29(2) APT. Pentadbir Tanah perlu mendapatkan perintah termetrai dari Mahkamah Tinggi (kebenaran untuk mendeposit pampasan) terlebih dahulu dan dikemukakan kepada KJP selaku pihak yang memohon pengambilan tanah untuk membuat bayaran kepada Mahkamah Tinggi.