13. Apakah yang boleh dilakukan oleh pemilik petak sekiranya pemilik tanah tidak memohon hakmilik strata?
Home
13. Apakah yang boleh dilakukan oleh pemilik petak sekiranya pemilik tanah tidak memohon hakmilik strata?
Sekiranya pembeli petak mendapati bahawa permohonan hakmilik strata masih belum dibuat oleh pemilik tanah/pemaju (jika pemaju sebagai pemilik tanah), pembeli petak perlu terlebih dahulu membuat semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai status syarikat pemilik tanah/pemaju.
Bagi situasi di mana pemilik tanah/pemaju yang masih wujud/syarikatnya berstatus aktif, pembeli petak boleh merujuk kepada pemilik tanah/pemaju mengenai status permohonan pendaftaran hakmilik strata.
Bagi situasi di mana pemilik tanah/pemaju telah digulung, pembeli petak boleh menghubungi pelikuidasi* atau pegawai penerima yang dilantik untuk membuat permohonan hakmilik strata. Jika permohonan hakmilik strata tidak dilaksanakan oleh pelikuidasi atau pegawai penerima, pembeli petak boleh melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB) mendapatkan perintah mahkamah bagi memohon hakmilik strata.
Selain itu, pembeli petak boleh membuat aduan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan ke atas pemilik tanah/pemaju yang gagal memohon hakmilik strata mengikut seksyen 8 Akta 318.
Catatan: Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pelikuidasi, sila rujuk Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK, MENCETAK, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PELBAGAI PERCETAKAN BAGI KEGUNAAN JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN IBU PEJABAT (SH02/2025)
PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN DAN PENYELENGGARAAN TIGA (3) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL HITAM PUTIH DAN WARNA DUTI SEDERHANA (MEDIUM DUTY) TERMASUK BACAAN METER UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT BAGI UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA SUNGAI PETANI, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH (SH07/2025)
PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN, PENYELENGGARAAN DAN BACAAN METER EMPAT (4) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL HITAM PUTIH (HEAVY DUTY) JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI SEMBILAN (SH05/2025)