Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Nota: National Land Code 1965 (Act 56 of 1965) ver.1 merupakan naskhah yang tidak sahih dan Jabatan ini tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang dibuat berdasarkan naskhah ini.
Format Paparan Senarai Perkhidmatan MyID - Julai 2012
Format Paparan Senarai Perkhidmatan MyID
Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan selaras dengan konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID.
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara Malaysia sebagai individu semasa berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.
MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warga negara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan.
MyID amat penting kerana ia hanya menggunakan satu nombor bagi seseorang warga negara untuk berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan. Ini membolehkan urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.
Semua agensi kerajaan dikehendaki melaksanakan MyID. Sehubungan itu agensi kerajaan dikehendaki mengambil tindakan segera ke arah melaksanakan inisiatif MyID bagi semua perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu.
Tidak semua perkhidmatan termasuk dalam inisiatif ini. Ia hanya bagi perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu dan perkhidmatan pada masa kini mempunyai nombor rujukan tertentu yang digunakan apabila rakyat menyemak status permohonan dan sebagainya.
Pelaksanaan MyID tidak terpakai bagi perkhidmatan yang tidak menjana nombor rujukan, contohnya, pemberian borang permohonan dan sebagainya. Maksud 'warga negara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan' adalah warga negara yang berurusan dengan kerajaan sebagai orang perseorangan dan bukan atas nama syarikat.
Pelaksanaan MyID adalah khusus kepada individu warga negara Malaysia saja. Bagaimanapun, jika perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi membabitkan warganegara asing sebagai individu, maka agensi boleh dan digalakkan menggunakan nombor pengenalan diri individu terbabit sebagai nombor rujukan seperti nombor pasport dan sebagainya.
Matlamat sebenar MyID adalah untuk memudahkan warga negara berurusan dengan agensi kerajaan dengan tidak perlu mengingati pelbagai nombor. Hanya nombor MyKad digunakan apabila warga negara berurusan dengan kerajaan.
Namun begitu, bagi sesetengah perkhidmatan yang memerlukan tahap keselamatan, agensi boleh membuat pengesahan identiti individu berkenaan sebagai semakan peringkat kedua selepas MyID sebelum sesuatu maklumat atau semakan diberikan atau dibenarkan.
Untuk melaksanakan MyID, semua agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan berkaitan individu perlu memastikan semua saluran sedia ada bagi perkhidmatan berkenaan menyokong pelaksanaan MyID. Sebagai contoh bagi memastikan pelaksanaan MyID dilaksanakan dengan efektif, agensi perlu mengambil perhatian perkara berikut:
Bagi anggota tentera atau polis, sekiranya tidak memegang MyKad, mereka boleh menggunakan nombor kad kuasa polis atau tentera untuk berurusan dengan perkhidmatan yang sudah menggunakan MyID seperti di KWSP dan LHDN.
Sekiranya individu hanya membuat pertanyaan umum (contoh: syarat pengeluaran KWSP), soalan keselamatan tidak perlu diajukan. Bagi kes pertanyaan yang membabitkan maklumat sulit dan persendirian, soalan keselamatan yang terdiri daripada maklumat demografik individu seperti nama penuh, alamat tetap atau lokasi permohonan pengeluaran dibuat.
Sebarang maklumat, cadangan dan pertanyaan mengenai MyID boleh dikemukakan kepada :
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
http://www.mampu.gov.my atau hubungi 03-8872 3000/ 03-8888 3566 (faksimili)
08 Apr 2025
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|