YBhg Dato' KPTG telah mengadakan lawatan ke beberapa tapak tanah PTP di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan pada 4 Ogos 2019. Lawatan tersebut merangkumi tanah PTP di Pulau Papan, tapak rumah api yang dipohon pemberimilikan di Pulau Kuraman, tanah PTP yang diduduki pelarian UNHCR di Kiamsam dan tapak pengambilan tanah bagi Projek Pembinaan Jalan Pesisir Pantai Membedai ke Tanjung Aru Labuan. Lawatan yang dianjurkan oleh JKPTG WPKL itu turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Ketua Cawangan Bahagian Taman Laut Labuan, pegawai- pegawai dari PTG Labuan dan JKR Labuan. Selanjutnya, YBhg Dato' KPTG turut mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Tanah Persekutan WP Labuan Bil. 1/2019 pada 05 Ogos 2019. Mesyuarat berkala ini diadakan sebagai platform kepada KJP di WP Labuan untuk berkongsi isu dan maklumat mengenai tanah kegunaan masing-masing bagi memastikan tanah dapat diuruskan dengan cekap dan efisien







































