header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 23/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: ‘Tarikh Penyempurnaan Sesuatu Suratcara’ Untuk Tujuan Pungutan Bayaran Pendaftaran Lewat
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai penentuan tarikh penyempurnaan bagi suratcara-suratcara urusan untuk tujuan pungutan bayaran pendaftaran lewat.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kuasa Memulakan Pendakwaan Mengikut Seksyen 429A Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan-permohonan di Bawah Penggal III Kanun Tanah Negara 1965 Oleh Pemegang Surat Kuasa Wakil (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan-permohonan yang dikemukakan oleh pemegang surat kuasa wakil bagi pengubahan syarat, pecah sempadan tanah, pecah bahagian, penyatuan tanah, penyerahan tanah, penyerahan dan pemberimilikan semula, pecah bahagian bangunan dan lain-lain jenis permohonan di bawah Penggal III sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian Sembilan (A) Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penyerahan Balik Tanah untuk Jalan Masuk (Means Of Access) Dalam Kes Pecah Sempadan
  • Purpose of Circular:

    Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1977

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Menolak Kemasukan Kaveat Pemegang Lien
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kuasa-kuasa untuk menolak atau menahan kemasukan kaveat pemegang lien.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembatalan Catatan Persetujuan Pemegang Gadaian Di Dalam Dokumen Hakmilik Daftar Di Bawah Subseksyen 204GA(1a) Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pembatalan catatan persetujuan pemegang gadaian yang diendors di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) akibat daripada urusan serah balik dan berimilik semula yang tidak diteruskan atau dibatalkan, selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1999

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Peletakhakan Berkanun Tanah Wakaf Di Bawah Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung pendaftaran tanah wakaf secara peletakhakan berkanun (statutory vesting) kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri di bawah seksyen 416 Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan Penyerahan Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204d Kanun Tanah Negara (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Permohonan di bawah seksyen ini adalah merupakan satu alternatif tambahan yang boleh dipilih oleh tuan punya tanah apabila ingin memajukan tanah mereka terutamanya untuk projek perumahan. Alternatif-alternatif lain yang sedia ada ialah permohonan pecah sempadan; pengubahan syarat dan pecah sempadan; penyatuan dan pecah sempadan; pengubahan syarat, penyatuan dan pecah sempadan; dan permohonan serentak bagi pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah. Pemilihan alternatif ini adalah terpulang kepada tuan punya tanah dan ia dijelaskan dalam seksyen 204A.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pecah Bahagian Bagi Tanah Berimilik Yang Tertakluk Kepada Jenis/Kategori “Pertanian” Atau Kepada Syarat Yang Menghendaki Kegunaannya Untuk Maksud “Pertanian” Yang Berkeluasan 2/5 Hektar Atau Kurang.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tatacara permohonan pecah bahagian tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya untuk maksud “pertanian” yang berkeluasan 2/5 hektar (1/5 hektar bagi negeri Kelantan) atau kurang berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (KTN) (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1999

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pindahmilik Tanah Pertanian Kepada Pemegang Amanah, Wasi Atau Pentadbir (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pindahmilik tanah pertanian kepada pemegang amanah (trustee), wasi (executor) atau pentadbir (administrator) yang melebihi seorang.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan Pecah Bahagian Oleh Pemilik Berdaftar Tanah Atau Pemilik Berdaftar Bersama Tanah Yang Mempunyai Syer Majoriti (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan pecah bahagian tanah yang boleh dibuat oleh pemilik berdaftar atau pemilik berdaftar bersama yang mempunyai syer majoriti sebagaimana yang dinyatakan oleh seksyen 141A Kanun Tanah Negara 1965 tanpa persetujuan daripada pemilik berdaftar bersama yang lain.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Menempatkan Pemohon Atau Pemilik Tanah Bagi Maksud Menggunakan Tanah Sebelum Diukur (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai cara menempatkan pemohon atau pemilik tanah hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penyediaan Dan Pendaftaran Hakmilik Tetap (Final Title) Tanpa Perlu Mendaftarkan Hakmilik Sementara (Qualified Title)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai penyediaan, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik tetap selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengeluaran Salinan Dokumen Hakmilik Keluaran Kepada Tuanpunya Bersama
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pengeluaran salinan dokumen hakmilik keluaran kepada tuanpunya bersama menurut seksyen 343(3), (4), (5), (6) dan (7) Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1975

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Bayaran Ukur Bagi Kerja-kerja Ukur Menurut Keperluan Seksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah berkenaan tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan, seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 1209

This Week 11541

This Month 67808

Total 9191037

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here