header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 23/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: ‘Tarikh Penyempurnaan Sesuatu Suratcara’ Untuk Tujuan Pungutan Bayaran Pendaftaran Lewat
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai penentuan tarikh penyempurnaan bagi suratcara-suratcara urusan untuk tujuan pungutan bayaran pendaftaran lewat.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kesilapan Penetapan Syarat-syarat Kelulusan Di Bawah Bahagian Sembilan Kanun Tanah Negara 1965 Berkenaan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 35/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembahagian Tugas-tugas Dalam Urusan Pengambilan Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi garis panduan mengenai pembahagian tugas-tugas dan keseragaman polisi dalam urusan pengambilan tanah bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan yang perlu dipatuhi oleh setiap JKPTG Negeri dan Pentadbir Tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 33/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Memindahkan Rekod Pejabat Pendaftar Dan Pejabat Tanah Ke Arkib Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan-permohonan di Bawah Penggal III Kanun Tanah Negara 1965 Oleh Pemegang Surat Kuasa Wakil (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan-permohonan yang dikemukakan oleh pemegang surat kuasa wakil bagi pengubahan syarat, pecah sempadan tanah, pecah bahagian, penyatuan tanah, penyerahan tanah, penyerahan dan pemberimilikan semula, pecah bahagian bangunan dan lain-lain jenis permohonan di bawah Penggal III sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian Sembilan (A) Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1977

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penyenggaraan Indeks Pejabat Tanah Bagi Tanah-tanah Yang Telah Diperenggankan Oleh Penolong Pegawai Tanah (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk menyelenggara satu rekod nombor-nombor plot tanah yang digunakan oleh Penolong Pegawai Tanah untuk menunjukkan kawasan-kawasan tanah yang telah diperenggankan oleh mereka bagi tujuan mengeluarkan hakmilik sementara hasil daripada pemberimilikan, pecah sempadan, pecah bahagian, percantuman, pengeluaran lesen pendudukan sementara dan pengeluaran perakuan lombong.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1974

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Merekodkan Penyampaian Dokumen-dokumen Atau Suratcara-suratcara (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk menasihat semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berkenaan penyimpanan rekod akuan penerimaan balik oleh seseorang ataupun perbadanan, akan dokumen atau suratcara yang telah dihantar untuk pendaftaran suratcara urusan ataupun untuk urusan-urusan lain.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2002

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam surat cara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri atau dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Nasihat Penasihat Undang-undang Negeri Mengenai Pelaksanaan Kanun Tanah Negara 1965 Dan Undang-undang Tanah Yang Lain (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah mengenai perlunya Jabatan ini diberitahu tentang nasihat yang diperolehi daripada Penasihat Undang-undang Negeri mengenai pentafsiran peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan undang-undang tanah yang lain serta cara-cara pelaksanaannya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1977

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Menolak Kemasukan Kaveat Pemegang Lien
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kuasa-kuasa untuk menolak atau menahan kemasukan kaveat pemegang lien.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1974

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Mendapat Kembali Tunggakan Cukai Tanah (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan cara mendapatkan tunggakan cukai tanah yang dibayar secara tahunan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1972

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Mengukur Tanah-tanah Kerajaan Yang Digunakan Oleh Kerajaan Persekutuan Dan Menyimpan Rekod-rekod Tanah-tanah Tersebut (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah terhadap tindakan yang perlu diambil untuk mengukur semua kawasan-kawasan tanah Kerajaan yang digunakan ataupun disimpan (reserved) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembatalan Catatan Persetujuan Pemegang Gadaian Di Dalam Dokumen Hakmilik Daftar Di Bawah Subseksyen 204GA(1a) Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pembatalan catatan persetujuan pemegang gadaian yang diendors di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) akibat daripada urusan serah balik dan berimilik semula yang tidak diteruskan atau dibatalkan, selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1999

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Peletakhakan Berkanun Tanah Wakaf Di Bawah Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung pendaftaran tanah wakaf secara peletakhakan berkanun (statutory vesting) kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri di bawah seksyen 416 Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan Penyerahan Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204d Kanun Tanah Negara (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Permohonan di bawah seksyen ini adalah merupakan satu alternatif tambahan yang boleh dipilih oleh tuan punya tanah apabila ingin memajukan tanah mereka terutamanya untuk projek perumahan. Alternatif-alternatif lain yang sedia ada ialah permohonan pecah sempadan; pengubahan syarat dan pecah sempadan; penyatuan dan pecah sempadan; pengubahan syarat, penyatuan dan pecah sempadan; dan permohonan serentak bagi pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah. Pemilihan alternatif ini adalah terpulang kepada tuan punya tanah dan ia dijelaskan dalam seksyen 204A.

any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue