header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1994

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kedudukan Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Desa Yang Dipegang Di Bawah Hakmilik Pejabat Pendaftaran Dan Yang Tertakluk Kepada Syarat Dalam Seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara Apabila Tanah Itu Menjadi Tanah Pekan atau Tanah Bandar.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kedudukan syarat kegunaan bagi tanah desa yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan yang tertakluk kepada syarat dalam seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara (KTN) apabila tanah itu menjadi tanah pekan atau tanah bandar.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2002

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Garis Panduan Pelaksanaan Keputusan Majlis Tanah Negara Yang Ke-55 Berhubung Dengan Sekolah Bantuan Modal
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan pelaksanaan keputusan Majlis Tanah Negara yang ke-55 pada 26 Oktober 1999 mengenai Sekolah Bantuan Modal.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Tatacara Berhubung Dengan Tanah Berimilik Yang Dihakis Oleh Laut atau Sungai
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir Tanah kepada seksyen 49 Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bahawa sebahagian daripada sesuatu kawasan tanah berimilik akan menjadi tanah Kerajaan dan terkeluar daripada hakmilik tuanpunya jika tanah itu menjadi dasar laut ataupun sebahagian daripada sungai.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pentakrifan Semula Bahan Batuan (Rock Material) Dan Kutipan Hasilnya
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan memaklum dan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pentakrifan semula bahan batuan (rock material) dalam Kanun Tanah Negara (KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 30/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Siasatan Ke Atas Permohonan Pemegang Gadaian Untuk Perintah Jualan Bagi Hakmilik-hakmilik Pejabat Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara-cara menguruskan siasatan ke atas permohonan pemegang gadaian supaya tanah (dimaksudkan tanah berimilik, bahagian yang tidak dipecahkan dalam tanah berimilik, pajakan atau pajakan kecil dan petak dalam bangunan yang dipecah bahagi) terlibat dijual menurut peruntukan-peruntukan seksyen 260 hingga seksyen 262 Kanun Tanah Negara diuruskan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 32/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Perletakhakan Tanah Atau Kepentingan Ke Atasnya Kepada Sesuatu Pihak Berkuasa Awam Di Bawah Seksyen 415 Kanun Tanah Negara 1965
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah tentang perlunya didaftarkan perletakhakan di bawah seksyen 415 Kanun Tanah Negara 1965 sebelum sesuatu Pihak Berkuasa awam yang menuntut faedah dari perletakhakan yang tidak berdaftar itu boleh membuat apa-apa urusan berkaitan dengan tanah atau kepentingan ke atasnya yang dituntut itu.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 37/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengurusan Pungutan Hasil Tanah Di Bawah Sistem Pentadbiran Hasil Tanah Berkomputer (SPHTB)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk dijadikan panduan kepada Pentadbir Tanah dan pegawai-pegawai Unit Hasil mengenai pengurusan hasil tanah di bawah sistem yang sedang dilaksanakan di Pejabat-pejabat Tanah seluruh Semenanjung Malaysia.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 39/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Garis Panduan Membayar Wang Pampasan Pengambilan Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Kepunyaan Orang Yang Telah Meninggal Dunia (Si Mati) Kepada Amanah Raya Berhad (ARB)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai panduan membuat bayaran wang pampasan pengambilan tanah berikutan tuan tanah atau orang berkepentingan telah meninggal dunia.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Mengenakan Bayaran Tunggakan (Arrears Fee) Apabila Wang Untuk Bayaran Cukai Dihantar Dengan Pos
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pengenaan bayaran tunggakan (arrears fee) di dalam kes-kes di mana wang untuk bayaran cukai tanah dihantar ke Pejabat Tanah dengan pos.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengeluaran Permit Untuk Menggunakan Ruang Udara Atas Tanah Kerajaan Atau Tanah Rizab (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai pengeluaran permit untuk menggunakan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab di bawah seksyen-seksyen 75A–75G, Bab 4 Bahagian Empat Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1994

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Keutamaan Pengeluaran Hakmilik Tetap Bagi Tanah-tanah Dengan Bangunan Berbilang Tingkat Yang Masih Dipegang Di Bawah Hakmilik Sementara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar-pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir-pentadbir Tanah supaya memberi keutamaan kepada pengeluaran hakmilik tetap bagi tanah-tanah dengan bangunan berbilang tingkat yang masih dipegang di bawah hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1999

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Maklumat Perancangan Bagi Tujuan Penentuan Pampasan Di Bawah Seksyen 9A Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai maklumat yang perlu diperoleh daripada Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri atau Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Pihak Berkuasa Tempatan, mengikut mana yang berkenaan, menurut seksyen 9A, Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 [Akta 486].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pelantikan Ejen Kutipan Hasil Tanah Dengan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelantikan ejen-ejen kutipan hasil-hasil tanah dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN) selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 40/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Peraturan Dan Garis Panduan Ukur Bagi Pecah Bahagi Bangunan Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) Bil. 3/2007 berhubung dengan pindaan kepada Pekeliling KPUP Bil. 3/2006 akibat daripada kuat kuasa Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2007.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 43/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Syarat Nyata Atau Syarat Tersirat Perlu Diambil Kira Dalam Mentaksirkan Nilai Pasaran Tanah Yang Terlibat Dengan Pengambilan Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai syarat nyata atau syarat tersirat yang perlu dipertimbangkan apabila membuat taksiran nilai pasaran bagi tanah yang terlibat dalam proses pengambilan tanah.

Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 157

This Week 7665

This Month 69121

Total 11412164

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here