header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Archive

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Files

Pekeliling KPTG Bilangan 9/2020 – Pengurusan Kaveat Persendirian

  • Date of Circular: Monday, 30 November 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 9/2020 – Pengurusan Kaveat Persendirian
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah bertujuan menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pengurusan kaveat persendirian susulan pindaan kepada seksyen 323, seksyen 324, seksyen 325 dan seksyen 326 Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516].

Pekeliling KPTG Bilangan 8/2020 - Pengurusan Permohonan Pecah Bahagian di Bawah Seksyen 140 hingga Seksyen 145 Kanun Tanah Negara (Disemak-2020)[AKTA 828]

  • Date of Circular: Tuesday, 24 November 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 8/2020 - Pengurusan Permohonan Pecah Bahagian di Bawah Seksyen 140 hingga Seksyen 145 Kanun Tanah Negara (Disemak-2020)[AKTA 828]
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (PTG), Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan mengenai penambahbaikan proses permohonan pecah bahagian tanah menurut peruntukan seksyen 140 hingga seksyen 145 Kanun Tanah Negara (Disemak-2020) [Akta 828].

Pekeliling KPTG Bilangan 5/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Tanah Bawah Tanah

  • Date of Circular: Thursday, 01 October 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 5/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Tanah Bawah Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan dalam urusan pengambilan tanah bawah tanah.

Pekeliling KPTG Bilangan 7/2020 – Panduan Pelaksanaan Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah Dl Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

  • Date of Circular: Thursday, 01 October 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 7/2020 – Panduan Pelaksanaan Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah Dl Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah dałam pelaksanaan urusan pendudukan atau penggunaan sementara tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Akta A1517].

Pekeliling KPTG Bilangan 6/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Bangunan atau Tanah yang di pecah bahagi

  • Date of Circular: Thursday, 01 October 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 6/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Bangunan atau Tanah yang di pecah bahagi
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia bagi tujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan berhubung urusan pengambilan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi.

Pekeliling KPTG Bilangan 4/2020 – Kutipan Deposit Bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

  • Date of Circular: Friday, 17 July 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 4/2020 – Kutipan Deposit Bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik mengenai kutipan deposit yang boleh dikenakan bagi tujuan pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara dibawah seksyen 68A Kanun Tanah Negara [Akta No.56 Tahun 1965]("KTN")

Pekeliling KPTG Bilangan 3/2020 – Pengembalian Tanah Atau Peletakhakan Petak Bagi Bangunan Yang Dipecah Bahagi Kepada Kerajaan Negeri Apabila Ketiadaan Tuan Punya Tanah Berdaftar

  • Date of Circular: Friday, 17 July 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 3/2020 – Pengembalian Tanah Atau Peletakhakan Petak Bagi Bangunan Yang Dipecah Bahagi Kepada Kerajaan Negeri Apabila Ketiadaan Tuan Punya Tanah Berdaftar
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516] sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.

Pekeliling KPTG Bilangan 2/2020 – Pihak Berkuasa Perancangan Untuk Tujuan-Tujuan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah

  • Date of Circular: Friday, 17 July 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 2/2020 – Pihak Berkuasa Perancangan Untuk Tujuan-Tujuan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir-pentadbir tanah berhubung dengan tindakan oleh sesuatu Pihak Berkuasa Perancangan selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa(Pindaan) 2001 [Akta A1129]

Pekeliling KPTG Bilangan 1/2020 – Menukar Nama Tuan Punya Tanah dan Lain-lain Sebelum Mendaftarkan Suratcara Urusan

  • Date of Circular: Friday, 17 July 2020
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bilangan 1/2020 – Menukar Nama Tuan Punya Tanah dan Lain-lain Sebelum Mendaftarkan Suratcara Urusan
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516] sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1955

  • Date of Circular: Wednesday, 07 December 1955
  • Title of Circular: Verification Surveys
  • Purpose of Circular:

    When alienated land has reverted to the State for failure to pay rent or to observe cultivation conditions of for some other reason, it is often re-alienated at a later date. When this happens, a re-survey is not necessary, if the original survey was satisfactory, and if the boundary marks are still in position. In such circumstances it has been the practice in some States for the Surveyor to be required to perambulate the boundaries with a compass and chain checking the boundary marks. In the others this work has been done by Settlement Officers or boundary Officers.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1964

  • Date of Circular: Saturday, 04 April 1964
  • Title of Circular: Survey For Mining Certificates And Mining Leases
  • Purpose of Circular:

    Recently a case has been brought to the notice of Juru Ukur Negara that a Licensed Land Surveyor who was given permission to carry out a survey for a Mining Certificate had informed him that there was no necessity to follow up with a survey for a Mining Lease. This impression has apparently been shared by certain Collectors of Land Revenue.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1970

  • Date of Circular: Thursday, 01 October 1970
  • Title of Circular: Rekod Tanah-tanah Untuk Kegunaan-kegunaan Persekutuan
  • Purpose of Circular:

    Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan kepada Kementerian dan Ketua-ketua Pejabat Persekutuan bahawa rekod tanah-tanah Persekutuan iaitu tanah-tanah dikehendaki untuk kegunaankegunaan Persekutuan akan diselenggarakan oleh Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan supaya keterangan yang lengkap dapat diperolehi mengenai syarat-syarat dan sekatansekatan, hasil tanah yang berbayar dan kegunaannyan pada masa sekarang. Rekod-rekod ini bolehlah digunakan oleh mana-mana pegawai dengan kebenaran Kementerian-kementerian dan Ketua-ketua Pejabat Persekutuan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 18/1977

  • Date of Circular: Saturday, 10 October 1970
  • Title of Circular: Buku ‘Instructions to Land Officers’
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai penggunaan buku ‘Instructions to Land Officers’.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/1970

  • Date of Circular: Wednesday, 28 October 1970
  • Title of Circular: Tanah Yang Telah Menjadi Dasar Laut Atau Sungai
  • Purpose of Circular:

    Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Pemungut-pemungut Hasil Tanah kepada seksyen 49 Kanun Tanah Negara yang menyatakan iaitu sebahagian daripada sesuatu kawasan tanah milik yang sempadannya telah ditetapkan atau diukur akan menjadi tanah Kerajaan dan terkeluar daripada hakmilik tuanpunya jika tanah itu menjadi dasar laut ataupun sebahagian daripada sungai.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 13/1974

  • Date of Circular: Saturday, 01 June 1974
  • Title of Circular: Borang Pajakan Bagi Tanah Rizab
  • Purpose of Circular:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai borang pajakan bagi tanah rizab yang telah dibuat di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara atau Undang-undang Tanah yang terdahulu.

Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 1280

This Week 7473

This Month 40486

Total 9695897

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here