header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1975

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Menguatkuasakan Syarat-syarat Nyata (Express Conditions) Dan Syarat-syarat Tersirat (Implied Condition) (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai beberapa jenis syarat yang dikenakan ke atas tanah-tanah milik untuk diikuti oleh pemilik berdaftar dan kegagalan untuk berbuat demikian akan membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan merampas menurut seksyen 128 Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1972

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pemansuhan Perkataan-perkataan Atau Ayat-ayat Yang Terdapat Di Dalam Borang Suratcara Urusan (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pendaftar Hakmilik/Pentadbir Tanah dalam menyiapkan suratcara (instrumen) urusan dengan menggunakan borang yang dicetak.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 29/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1974

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pungutan Hasil Bagi Tanah Di Bawah Daftar Hakmilik Yang Rosak (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah tentang pungutan hasil tahunan bagi tanah-tanah milik di mana dokumen hakmiliknya telah rosak iaitu kesemua ataupun sebahagian yang bertulis daripada dokumen hakmilik tersebut telah hilang ataupun tidak dapat dibaca.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 28/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pembahagian Harta Alih Kepada Seseorang Yang Belum Dewasa (Minor)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pembahagian harta alih kepada seseorang yang belum dewasa (minor).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 28/1977

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Mengekalkan Pusat Trigonometri (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbir Tanah tentang keperluan untuk mengekalkan semua pusat trigonometri yang telah dibina di beberapa kawasan di dalam Negeri.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 27/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Mengambil Milik (Taking Possession) Seksyen 18 dan Mengambil Milik Secara Rasmi (Taking Formal Possession) Seksyen 22, Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bila mengambil milik tanah (taking possession of land) menurut seksyen 18, Akta Pengambilan Tanah 1960 (selepas ini disebut sebagai “APT”) boleh dibuat dan cara melaksanakannya. Pengeluaran Borang K disebut dalam APT sebagai mengambil milik/taking possession (seksyen 18) dan penyampaian Borang K kepada penduduk/penampalan Borang K di atas tanah dipanggil sebagai mengambil milik secara rasmi/taking formal possession (subseksyen 22(1)).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 27/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pemerengganan Tanah Untuk Penyediaan Hakmilik Sementara Dan Permintaan Ukur (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai perlunya setiap tanah itu diperenggankan sebelum penyediaan sesuatu hakmilik sementara dan sebelum penyediaan permintaan ukur.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Bukti Kematian Yang Sah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah berkenaan dengan bukti kematian yang sah semasa menguruskan pembahagian pusaka kecil.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Untuk Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Sementara Sambungan Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai perlunya pemohon yang telah diluluskan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran dan pengeluaran suratan hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 25/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pembahagian Harta Pusaka Si Mati Yang Bukan Beragama Islam Dan Meninggal Dunia Tanpa Wasiat
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan dalam Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) berkaitan dengan pembahagian harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam dan meninggal dunia tanpa wasiat.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 25/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pungutan Cukai Mengikut Kadar Baru Selepas Kelulusan Pengubahan Syarat Dan Lain-lain Di Bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kutipan cukai mengikut kadar baru yang dikenakan di bawah subseksyen 124(5) Kanun Tanah Negara berikutan dengan kelulusan pengubahan syarat, sekatan dan jenis penggunaan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 25/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Tugas Pentadbir Tanah Dalam Penilaian Harga Tanah-tanah Milik (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai kerja menilai harga tanah-tanah milik.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 24/1977

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Melepaskan Gadaian Dengan Membuat Pembayaran Kepada Pendaftar (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil untuk melepaskan sesuatu gadaian di bawah seksyen 279 Kanun Tanah Negara 1965.

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue