Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai kedudukan permohonan untuk pembahagian sesuatu pusaka yang bernilai lebih dari RM 600,000.00 dan yang telah dibuat kepada Mahkamah sebelum 1 September 2009.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kehendak-kehendak seksyen 426A Kanun Tanah Negara supaya kad kuasa ditunjukkan oleh Pendaftar, Pentadbir Tanah atau Penolong Pegawai Tanah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa apabila mereka membuat tangkapan atau merampas kereta, traktor atau alat-alat pertanian berkaitan dengan kesalahan pendudukan secara haram di tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah lombong atau berkaitan dengan pengeluaran atau pemindahan bahan batuan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah berkenaan dengan penyelenggaraan pendaftaran permohonan pembahagian harta pusaka kecil berikutan penggunaan sistem berkomputer semasa (modul pengurusan pembahagian pusaka) yang telah diamalkan di seluruh negara mulai tahun 1998.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai duti setem tambahan yang dikenakan ke atas sesuatu gadaian menjamin bayaran wang pendahuluan dalam kira-kira terbuka dalam keadaan-keadaan seperti yang dimaksudkan oleh subseksyen 246(2) Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai jenis harta tak alih yang boleh dijadikan sebahagian daripada harta pusaka kecil yang dimaksudkan oleh Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) dan cara membuat penyelesaian pembahagian harta pusaka itu.
Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihati Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai penggunaan Borang-borang 9A, 9B dan 9C Kanun Tanah Negara berhubung dengan tindakan oleh sesuatu Pihak Berkuasa Perancangan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah 1960 berhubung dengan menahan dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah wang pampasan yang ditetapkan di dalam tiap-tiap kes di mana jumlah bagi sesuatu tanah itu melebihi RM15,000.00 (Ringgit Lima Belas Ribu).
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kutipan cukai mengikut kadar baru yang dikenakan di bawah subseksyen 124(5) Kanun Tanah Negara berikutan dengan kelulusan pengubahan syarat, sekatan dan jenis penggunaan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan dalam Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) berkaitan dengan pembahagian harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam dan meninggal dunia tanpa wasiat.
Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai perlunya pemohon yang telah diluluskan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran dan pengeluaran suratan hakmilik sementara.
Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah berkenaan dengan bukti kematian yang sah semasa menguruskan pembahagian pusaka kecil.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bila mengambil milik tanah (taking possession of land) menurut seksyen 18, Akta Pengambilan Tanah 1960 (selepas ini disebut sebagai “APT”) boleh dibuat dan cara melaksanakannya. Pengeluaran Borang K disebut dalam APT sebagai mengambil milik/taking possession (seksyen 18) dan penyampaian Borang K kepada penduduk/penampalan Borang K di atas tanah dipanggil sebagai mengambil milik secara rasmi/taking formal possession (subseksyen 22(1)).
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pembahagian harta alih kepada seseorang yang belum dewasa (minor).
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).